9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi...
Tapi ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Tidak mengapa untuk berharta, tetapi kawal hati agar tidak diletakkan pada harta itu sahaja. Kerana, bila mati, kita cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... "Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"
Hanya cinta ibubapa yang abadi.
penyakit hati ini berlaku bila manusia tidak redha dengan pemberian Allah pada diri kita...susah, senang, sedih dan gembira semuanya ada sebab...
ReplyDeleteinfo yg sgt berguna, kak.. errmmm.. kene ubah sikap ni... sbb eina ni kategori pendendam gak.. =p
ReplyDeletethx fr the sharing the info. good one.
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri, maaf zahir batin. Undian untuk contest Weblog Popular 1Malaysia sangat-sangat diharapkan.
ReplyDeleteSaja nak info ada hadiah tambahan untuk contest weblog popular 1Malaysia. Contest akan tamat pada 31/10/09. Jangan lupa check ranking anda di google.com.my (keywords "Weblog popular 1Malaysia) kerana mungkin anda adalah pemenangnya dan juga tambahkan denaihati ke bloglist anda untuk update terkini contest. tq
ReplyDelete