Monday, October 12, 2009

Peminat Fanatik

Hampir 3 bulan aku tak update blog kesayangan aku ni. Sampaikan ada yang menegur "dah naik lalang blog kak zeta...bila nk update?"

Hehehe....maklumlah...sibuk dengan urusan harian sehingga tak sempat untuk mencuri masa mengomel kat blog.

Sibuk ke aku ni? ye...ye...sibuk berniaga, sibuk dengan urusan anak2 dan sibuk untuk nampak sibuk... :-)

I love my life...dari celik mata pepagi hari sampai la lewat malam. Walaupun dah tak bekerja, aku lebih tenang dan puas dapat "mengadap" urusan harianku dan melayan kerenah anak2.

Alhamdulillah, anak sulungku yang paling aku risau dengan komik-komiknya, akhirnya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam percubaan UPSR baru2 ni. Aku yang paling berdebar menantikan keputusan UPSR sebenar November ini. Insyaallah....tiada apa yang setiap ibu mahukan dalam dunia ini selain dari kejayaan anak2.

Selama aku tak online dek sibuk dengan bisnes hari raya, aku sempat juga jenguk2 blog ni. Terharu gak bila ada pelawat2 yang sudi tinggal komen dan bertanya khabar. Terima kasih buat semua pelawat dan insyaallah aku akan aktif semula update blog ini.

Buat "peminat fanatik" aku yg sentiasa menghantar sms2 cemburu kat aku, aku nak ambil kesempatan disini since kamu selalu jenguk blog ni secara diam.... Jadilah follower aku...u follow me, I promote your blog....hehe...I know I am better than U...that's why U cemburu... ;-P

Sampai sini je dulu la ye? Nanti aku sambung lg dengan cerita panas dari "peminat fanatik" aku. Tak sangka ye....ada gak "peminat fanatik" aku yang cun melecun ni....huwahuwahuwa.... statement yang aku akui kebenaranNya.... Amin.

1 comment: