Andai aku lakarkan cintaku
Akankah pelangi bercorak ceria semula?
Masihkah sang kenari sudi bernyanyi merdu?
Sepi hati ini hanya aku yang tahu
Arakian menanti semusim berlalu
Dalam pencarian erti sebuah cinta
Sehalus dedalu diterbangkan jua
Kerana kasih kuturutkan hati
Kerana budi cinta kuberi
Pada janji yang mudah dimungkiri
Pada cahaya yang kian sirna
Laungan sepi kian bergema
Menjerit terlolong pada yang alpa
Jangan sesekali kau kesali
Pada pertemuan yang bakal diakhiri...
No comments:
Post a Comment