Wednesday, November 3, 2010

Semalam aku bermimpi...

Semalam...aku dan Kak Long keluar berjalan-jalan sambil menolak mama yang duduk tersenyum di atas kerusi roda.

Kak Long mengenakan gaun kuning cair sambil rambutnya paras bahu dikelipkan ke tepi. Kak Long ketika itu berumur 10 tahun. Kami masih kanak-kanak.


Sekeliling kami hanyalah pokok-pokok yang ditanam tersusun bagaikan sebuah gerbang yang meneduhkan sepanjang perjalanan di taman itu. Hampir semua dahanan pokok disitu, akan terlihat sekelompok bunga orkid yang menumpang hidup. Mama memang cintakan bunga orkid.


Kami bertiga berjalan menyusur laluan pepohon sambil menikmati
suasana yang tenang, redup dan nyaman.

Yang manisnya, aku dapat memeluk dan mencium mama. Sejuk terasa kulit mama yang kering dan berkedut. Aku peluk dan cium sepuas hatiku...melepaskan rindu yang kupendam selama ini.

Kak Long tak berhenti berceloteh tentang apa yang telah terjadi dalam keluarga dan macam-macam lagi.

Aku mengadu segala rasa tidak puas hatiku tentang kehidupanku sejak mama tiada.

Puas hatiku dapat berjumpa dengan mama walaupun sekejap.

Walaupun hanya berbual kosong.

Tapi aku dapat memeluk mama.

Mencium pipi mama.

Seperti yang aku doakan selama ini, dalam tiap solatku.

Setiap malam sebelum lena tidurku.

Ku pohon agar dapat bertemu mama walaupun sekejap...agar rind
uku terubat.

Setelah agak jauh kami berjalan, aku lihat Kak Long yang berjalan dihapanku semakin hilang dari pandangan.

Dan tanganku tidak lagi menolak kerusi roda.

Aku hanya bermimpi bertemu mama.

Aku redha dengan ha
kikat...mama telah setahun meninggalkan aku, Kak Long dan Annas.

Hari ini pada tahun 2009, masuknya waktu solat Zuhur, mama telah pulang ke rahmatullah.

Hari yang telah mengubah kehidupan kami sekeluarga.

Alhamdulillah, besarnya hikmah yang Allah swt berikan disebalik kehilangan...kami tiga beradik semakin sayang antara satu sama lain dan sentiasa memerlukan.

Masih ku ingat puisi yang kucoret buat mama tersayang..."Sebelum nafas terhenti..."

Ingin aku melakar kisah cinta ini
Ingin aku berkongsi denganmu
Semua tangis, tawa, jerit dan perih

Kau curahkan kasih
Kongsi bahagia
Juga korban cita-cita
Demi masa depan dan cintamu pada kami

Namun, tiada siapa akan faham amarahmu
Tiada akan pernah endah nasihatmu
Jauh sekali untuk mengerti emosimu

Dan aku?
Masih tidak pandai tunjukkan cinta padamu
Hingga ke akhir tidak akan dapat membalas jasa
Tidak bererti pengorbananku

Ketika nafas terhenti kelak,
Hanya kaulah yang terbaik buatku dan aku adalah yang terbaik buatmu jua.

Maafkanku jika aku tidak sempurna....
Hanya kasihmu yang mampu membawaku ke syurga...

******************************************************************

Ingin kuselitkan disini, surah Al-Fatihah buat mama tersayang. Moga rohnya dicucuri Allah swt. Amin