Please Recycle


Dimulakan dengan Bismillah...


Ini satu lagi minat yang dah lama Zeta ceburi. Tapi tak pernah jual barangan yang dikitar semula sehinggalah datang satu idea (diri sendiri) untuk membuat stokin solat.

Zeta ni memang pandai menjahit, tetapi tak berani nak ambil upah jahitan sebab mesin yang ada dirumah pun mesin portable je. Maka jahit baju yang berkenan dan ikut MOOD. hehehe

Memang banyak stokin-stokin solat yang dijual di pasaran, tapi tidak ada satu pun yang mengikut spesifikasi yang zeta nak.

Stokin haruslah nipis, tapi tak jarang.^,^

Cubalah cari kat mana pun dalam dunia ni yang ada jual stokin macam ni.

Kecuali...jahit sendiri. :)





Sekarang dah jadi side income "geli-geli". hehehe

Bermula dari "recycle" perca kain lycra yang dibuat baju, zeta cuba ambil ukuran kaki sendiri sambil belek kasut tawaf yang diberi seorang kenalan yang baru balik dari Mekah.

Belek punya belek & ukur, maka jadilah pola stokin yang pertama. Adalah dalam 2-3 kali kesilapan dibuat. Tetapi, kesungguhan untuk buktikan pada suami yang simpanan kain perca ni akan besar faedahnya.

Haa....sengih lebar encik suami bila tengok stokin yang dah siap dipakai merata (lenjan habis) dan kini, jadi bines kecilan yang baru buat zeta. Alhamdulillah.  

Untung tak lumayan, tapi pahala jahitkan stokin yang mengikut spesifikasi adab solat tidak terkira lumayannya...!!

Alhamdulillah. Allah swt bagi akal fikiran yang masih waras untuk berkreatif sambil menambah pahala yang compang sana sini. Amin

Andai ada yang nak tempah, boleh mesej saya di #azniazeta atau bagi yang nak cuba jahit sendiri atau buat income "geli-geli" (dalam RM600-800 sebulan), saya boleh e-mailkan pola secara PERCUMA. Sharing is caring, kan?

In sha Allah, semoga ilmu yang zeta kongsi dapat memanfaatkan semua orang. Amin...



p/s: Pola ialah pattern atau template yang digunakan untuk membuat sesuatu barang yang akan dijahit. Pola akan diletakkan pada kain atau material yang kemudiannya dipotong & dijahit. Faham ke faham? 

  

 #azniazeta
 owner, #tastybake


No comments:

Post a Comment