Aku selalu pesan dan remind anak-anakku tentang erti sahabat...
"There is no such word as Best Friend... sebagai manusia, nobody is perfect. Kerana sebagai manusia, kita akan sentiasa melakukan kesalahan...yang ada hanyalah Good Friend atau Sahabat Sejati...."
"Macam mana nak tahu yang itu sahabat sejati kita? "
"A friend in need and a friend in deed, itu cara kita nilaikan persahabatan"
Garu kepala anak bongsuku... "Tak faham la mama..."
"Kalau kita nak punya sahabat sejati, kita kenalah jadi seorang sahabat sejati dulu...perlu hormat pendirian sahabat kita, sentiasa menjadi seorang pendengar dan kalau orang tu terima kita sebagai sahabatnya, dia tak perlu lari atau benci kita kerana menegur kesalahannya"
"Dan yang paling menyentuh sekali ialah bila kita benar2 terduduk atau susah, tak kira dari segi kewangan atau apa jua....ketika itulah kita 'dapat melihat' orang yang sanggup menjadi sahabat kita...dan kita juga harus terima mereka seadanya...kerana mereka sudahpun menerima kita..."
Sambungku..."Begitu juga dengan keutamaan, bila kita terpaksa memilih antara situasi yang ini dan sahabat yang itu, timbangkanlah yang terbaik...kasih sayang seorang sahabat atau keseronokan dunia dan ego kita...."
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering merasakan beberapa dugaan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi dugaan itu bahkan tumbuh bersama...
Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman:
suka dan duka,
dihibur dan disakiti,
diperhatikan dan dikecewakan,
didengar dan diabaikan,
dibantu dan ditolak...
namun semua ini tidak pernah disengajakan utk dilakukan dengan tujuan kebencian.
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya akan berubah.
Proses dari teman menjadi sahabat memerlukankan usaha pemeliharaan dari kesetiaan.
Tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi lebih kepada memberikan dan mewujudkan apa yang dimahukan oleh kita.
Kerinduan adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik.
Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabat.
Ingatkah kita kali terakhir berada dalam kesulitan?.
Siapa yang berada di samping kita ??
Siapa yang mengasihi saat kita merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama kita... saat kita tak mampu memberikan apa-apa ??
Teman sejati adalah seorang yang menggapai tangan kita dan menyentuh hati dengan ketulusan, dia selalu ada di saat kamu memerlukan seseorang.
Hargai dan peliharalah persahabatan, tidak perlu menipu diri sendiri untuk berpura-pura berbaik dengan sahabat demi kepentingan diri...
Dan aku banyak belajar tentang sahabat sepanjang aku susah dan senang. Barulah "mataku" nampak siapakah yang layak ku gelar "sahabat..." terutama dengan mereka yang sentiasa ketawa bersama...
Diakhir perbualan, anak bongsuku bertanya lagi..... " Siapa Good Friend Mama?"
Sambil memeluknya, "Three of you are my Good Friend but I will still scold with a mother's LOVE"
u're right sis... utk memiliki sahabat sejati, kita kene menjadi sahabat sejati terlebih dulu.. dan utk menjadi sahabat sejati.. kita kene jadi seorg yg sgt neutral.. tidak menjatuhkan dan dlm masa yg sama tidak terlalu mengangkat sahabat kita... apa yg penting, kita sentiasa ada di sisinya x kira apa jua keadaannya..
ReplyDeletenice kak..touching..
ReplyDeletesalam sis. wie sgt suka entry akk neh. sangat bermakna buat wie. hehe~ thanx a lot. kalau diikutkan dr definisi2 yg akk berikan tuh, sy nampak sape sahabat2 saya. kawan memang ramai, tp utk bgelar sahabat buat seseorang tuh mungkin susah. hanya dengan kasih sayang yg sejati dan ikhlas sahaja, ia akan wujud. paling utama, Ukhwah yang terjalin itu hanyalah keranaNYA. bukan kerana lain. ikatan persahabatan itu sendiri memberi makna yang tinggi buat diri ini. terima kasih utk mereka. bertemu dan berpisah di dalam sesebuah perhubungan itu adalah keranaNYA juga. insyaAllah, semuanya akan baik. =)
ReplyDeletethanks eina...selalu jadi org yg pertama & sentiasa tinggalkan komen kat blog akak...Luv U sis...
ReplyDeleteOrang yg sensitif mcm Ekhsan mmg akan mudah tersentuh...
Buat wiwie ku sayang, sahabat yang kekal hingga ke akhir hayat kita hanyalah Allah swt & kedua ibu bapa kita.... :-)
terima kasih. post yang menarik.
ReplyDeletewajar dibaca yang dipanggil sahabat.
saya suka tajuk ini dan 'mohon izin' untuk saya kongsi kan bersama sahabat lain di blog saya.
boleh saja safiudin, jika nak kongsi dengan sahabat...yang baik kita wajar kongsi bersama...
ReplyDeletesangat stuju K.Zeta..its hard to find a true friend but if we become one, its not hard at all kan..tb2 teringat my latest post pun psl 'kawan' jugak .. haish ..
ReplyDelete