Tasty Bake





Assalamualaikum

Dimulakan dengan Bismillah...

Page baru yang dikengsi bersama blog lama. Nak buat blog baru, takut tak mampu nak maintain & lupa password pulak. :)

Minat ber-baking ni sejak dari kecil lagi. Mula berniaga kek pulak sejak umur 15 tahun. Tetapi tidak fokus atau bercita-cita nak buka bakery sendiri. Jadi berniaga kek coklat (moist) hanya pada musim perayaan sahaja. Setiap tahun, pasti akan berlumur dengan tepung untuk bisnes biskut raya pulak. :D

Memang tak fokus. Kejap nak jahit, kejap nak kerja....kejap nak bisnes trading...macam2 lah.


Sehinggalah satu hari, bila ternampak satu posting di Facebook tentang satu kedai makan (cafe) yang membantu orang ramai untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada gelandangan. Inisiatif ini dihebah (semula) oleh lima orang anak muda (yang tidak punya cafe), tetapi berjiwa besar. Mereka menyambung semula kerja amal yang dimulakan oleh beberapa Hamba Allah dari Naples, Italy sejak hampir 100 tahun dahulu. SubhanAllah!


Suspended Cofee


Zeta nak kongsi satu cerita. Cerita yang berkaitan dengan impian Zeta. In sha Allah...dah hampir sangat dengan impian ni.  So, bacalah kisah suspended coffee. Mungkin dari situ anda faham apa impian Zeta. ^_^

Kisah bermula dari sebuah kedai kopi di Naples, Italy. Di mana pelanggan di kedai kopi akan membayar harga untuk dua cawan kopi, tetapi pada satu cawan. Dimana "satu cawan" kopi lagi akan diberikan kepada golongan yang tidak mampu untuk membeli makanan (golongan sasaran; gelandangan)

Setiap bayaran untuk cawan kedua akan dipanggil "in suspense"...bermaksud yang diketepikan (lebih kurang la....hehe) akan dicatit kedalam buku log. Ini untuk memudahkan golongan sasaran datang ke kedai kopi yang participate untuk bertanya jika ada lebihan makanan atau minuman (suspended meal or coffee).

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini...



Jadi Zeta pun tanam azam untuk jadi salah satu 'participating cafe' bagi program yang murni ini.




Lokasi bukan ukuran andai ada yang berhati mulia, boleh beli "in suspence meal" dan akan ada pula Hamba Allah akan agihkan "the suspended meal or coffee" untuk gelandangan. In sha Allah.

Zeta percaya ramai rakyat Malaysia berhati mulia akan support, malah perhebatkan projek mulia ini.

Rezeki dari Allah, bukan semua milik kita. Hanya pinjaman sementara.

Jadi berkongsilah semampu ada & sementara jantung masih berdenyut.


Wallahua'lam






#azniazeta
#tastybake


No comments:

Post a Comment

It's All About Love