Thursday, October 28, 2010

Assalamualaikum


Lama tak update blog ni. Asyik sibuk entah apa benda pun, aku tak tahu. Well, banyak benda terjadi dalam beberapa bulan ni.

Sepatutnya aku bekerja & pindah di Shah Alam, aku berhenti setelah sebulan atas sebab2 tertentu. Kawan2 nak kata apa pun, katalah...aku ok je. Malas nak buruk-burukkan orang especially dekat blog. Buat suwey je. =P

Aku tetap pindah. Tapi ke rumah ayah selepas ayah aku decide untuk dapatkan pengganti Mama. (Malu dowh nak buat statement ni) Tak pe la...aku doakan agar ayah happy dengan family baru dia. Aku masih ada anak2 & siblings yang close to me.

Dan aku masih ada Mama yang sentiasa di hati.

Memang banyak la hal2 yang benar2 menduga ketabahan hati & kelancangan mulut aku ni.

Kalau nak ikutkan hati, dah lama mati... kalau aku ikutkan rasa, badan yang binasa...

---------------------------------------------------------------------------------------------



Syukur alhamdulillah, lately aku berpeluang bertemu semula dengan teman2 asrama, teman2 dari Malaysia Airlines dan ramai lagi yang dah berpuluh tahun tak jumpa & dengar khabar berita.

Memang seronok dapat jumpa & bersembang. Tak habis semalaman nak bertukar cerita dengan kawan2 lama.


Dalam pada seronok, ada juga yang ambil kesempatan...hermmmm....macam2 perangai manusia ni. Yang aku pulak dengan bodohnya gi ngadu kat sorang dua kawan2. Padan muka aku...kena tikam balik dari belakang. Haha..!!

Alhamdulillah... aku bersyukur pada Allah swt kerana menemukan aku lebih ramai lagi manusia yang punya berbagai ragam...dapat dijadikan pengalaman.

Sampai sini dulu, ek? Esok lusa aku sambung semula. Insyaallah...
It's All About Love