Tuesday, June 9, 2009

Life is tough and reality bites

Lama jugak aku tak update blog kesayangan aku ni. Bukan aku sibuk, tapi banyak sangat masalah yang datang bertimpa-timpa dan berderet-deret...Dugaan...

Alhamdulillah, aku dah settle kan 60% masalah yang bergolek-golek menimpa...eheh..settle ke? Hmmm..kira settle lah..malas nak fikir.

Kengkawan aku selalu cakap kat aku...."you are one tough woman, zeta..."
Yea...hanya pada luaran sahaja tu...dalam benak rasa macam dah nak naik sasau! Dalam hati rasa macam nak menjerit sekuat-kuatnya!!

Life is tough...especially buat single mom macam aku ni. Akulah semuanya...dari seorang ibu sampai la jawatan seorang drebar...wakakar...kekadang bila ditimbang semula segala apa yang aku ada sekarang ni, aku jauh lebih bertuah dari nasib sesetangah ibu tunggal yang keadaan hidupnya yang lebih "problem" dari aku.

Pada aku, life is tough...yea....sesungguhnya mencabar. Biasanya, bila time tension dan takde orang yang I can turn to talk to, aku akan start menconteng...laju je tangan menulis...entah apa pun, aku tak tahu...sukahati aku jer...betul ke tak nahu dan penghayatanku, bior je la...janji aku tulis! Baru puas hatiku!! Amek ko! :-P

Andai aku lakarkan cintaku
Akankah pelangi bercorak ceria semula?
Masihkah sang kenari sudi bernyanyi merdu?

Sepi hati ini hanya aku yang tahu
Arakian menanti semusim berlalu
Dalam pencarian erti sebuah cinta
Sehalus dedalu diterbangkan jua

Kerana kasih kuturutkan hati
Kerana budi cinta kuberi
Pada janji yang mudah dimungkiri
Pada cahaya yang kian sirna

Laungan sepi kian bergema
Menjerit terlolong pada yang alpa
Jangan.... Jangan sesekali kau kesali
Pada pertemuan yang bakal diakhiri...

1 comment:

  1. tu lah!! lama btul zeta x update blog. Ingat ke mana menghilang agaknya. Nway hope all the best fr u. Semoga semuanya settle ye .. ;)

    ReplyDelete

It's All About Love