Saturday, May 16, 2009

More bloggers - Part 2

Okay...aku sambung semula project untuk promote other bloggers kat blog aku ni. Aku akan ulas secara ringkas dan pandai-pandai la visit link yang provided on each blog title.

My Guinevere ialah blog yang berkisar tentang sorang "pakwe" yang sedang dalam pencarian sekeping hati yang ikhlas untuk menjadi temannya. Alang-alang aku promote blog dia, aku promote "vacancy" adik aku sorang ni...hehe...jangan mare ye prodigy...nanti kena "jual"...

Seharum kayu manis, blogger yang ceria bercerita tentang detik dan perasaan kasih sayang pada suami dan keluarga. Peribadi yang mudah difahami kerana dari penulisan sahaja dah bole tahu yang blogger ni seorang adalah seorang yang lembut dan peramah... (cewaaahhhh...mcm editor la pulak...) :-P

Hmmm....awek comel sorang ni suka sangat dengan katak...tak kira la rupa katak yang macam mana, janji katak...suka sangat dengan katak, sampai kat blog pun dibelanya katak...kenapa aku kata bela katak? sebab makin hari makin banyak katak-katak kat blog dia membiak...kalau tak percaya, gi kira berapa banyak katak yang ada kat blog eina..

Kalau anak omputih ber-blogging, kita akan kata "waaah...budak kecik pun dah pandai, ek?" ...tapi kalau anak melayu kita? eheh...jawapan yang xbley bla nanti aku akan dapat... :-P

Keep up the good work, dear...blogging it's just an expression and info that you want to share with zillions of people....chop...chop...chop...aku nak bahasakan diri aku ni apa, ek? Kalau dengan yang lain-lain, aku anggap adik, tapi blogger yang ni?

Actually si gadis genit ni berumur 13 tahun, tua setahun jer dari anak sulong aku...dan aku tak terkejut kalau ada kanak-kanak yang dah pandai buat blog sendiri sebab anak aku sendiri dah pandai buat blog..walaupun guna basic template. Malangnya, tak bole promote kat sini.. sebab tuan punya blog tak mahu. I have to respect her decision... Jangan marah dengan panggilan kanak-kanak ye Edrynna...


Sebagai blogger, jangan tipu diri sendiri dengan mengatakan yang "aku malas nak baca blog dia nih..." sebab bila kita create new post, mesti kita baca dulu posting kita, kan? Dan semestinya ada blog yang kita follow dan sentiasa lawat blog tu almost everyday sebab suka baca posting-posting yang ada. Jadi, kalau nak dapat banyak info on health, petua, life dan apa jua general info, "rajin-rajinkanlah" diri tu ke blog fcubook.



Hmm...blogger yang ni aku stuck kejap nak comment sebab kat Ariey Blog ada macam-macam info dan tutorial tentang PC, Software dan Blogging..very detailed; from templates to software. Ada juga selit sudut agama sebagai peringatan buat kita yang kerdil di bumi Allah ini... nice blog, Ariey... bole le "tunjuk ajar ku sifu..." :-)

Yang ni AwanDanya, blogger yang selamba berkongsi kisah hariannya. Best juga baca semua posting dia ni. Menghiburkan dan kalau klik kat blog link yang ada kat blog Danya ni, bole kata semua kengkawan dia as jovial like her...

Mula-mula aku ingat blog Danya ni sama dengan "awan danya" the drama yang kelentong penonton dengan kisah kehidupan seorang pelatih pramugari. Rupanya best lagi kisah hidupan Danya ni berbanding dari drama tak logik tu....


Satu lagi blog yang memberi online tutorial & bergambar... tapi Are-Bieyd ada juga selitkan luahan hatinya, kisah silam zaman persekolahan yang baru ditinggalkan, info am, lawak dan secalit mutiara kata buat renungan bersama...

Rasanya takat ni dulu aku promote blogger yang jadi follower aku.

Buat yang dah di promote ni, I would be delighted if you could leave some comments pada ulasan-ulasan aku buat about you all punya blog. Thanks... :-)

1 comment:

It's All About Love