Friday, July 24, 2009

Hati tak bahagia



9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA






Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1.
Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.
Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5.
Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi...
Tapi ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6.
Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.
Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Tidak mengapa untuk berharta, tetapi kawal hati agar tidak diletakkan pada harta itu sahaja. Kerana, bila mati, kita cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... "Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"



Hanya cinta ibubapa yang abadi.



Sunday, July 19, 2009

Buat yang bergelar sahabat .....

Aku selalu pesan dan remind anak-anakku tentang erti sahabat...

"There is no such word as Best Friend... sebagai manusia, nobody is perfect. Kerana sebagai manusia, kita akan sentiasa melakukan kesalahan...yang ada hanyalah Good Friend atau Sahabat Sejati...."

"Macam mana nak tahu yang itu sahabat sejati kita? "

"A friend in need and a friend in deed, itu cara kita nilaikan persahabatan"

Garu kepala anak bongsuku... "Tak faham la mama..."

"Kalau kita nak punya sahabat sejati, kita kenalah jadi seorang sahabat sejati dulu...perlu hormat pendirian sahabat kita, sentiasa menjadi seorang pendengar dan kalau orang tu terima kita sebagai sahabatnya, dia tak perlu lari atau benci kita kerana menegur kesalahannya"

"Dan yang paling menyentuh sekali ialah bila kita benar2 terduduk atau susah, tak kira dari segi kewangan atau apa jua....ketika itulah kita 'dapat melihat' orang yang sanggup menjadi sahabat kita...dan kita juga harus terima mereka seadanya...kerana mereka sudahpun menerima kita..."

Sambungku..."Begitu juga dengan keutamaan, bila kita terpaksa memilih antara situasi yang ini dan sahabat yang itu, timbangkanlah yang terbaik...kasih sayang seorang sahabat atau keseronokan dunia dan ego kita...."

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering merasakan beberapa dugaan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi dugaan itu bahkan tumbuh bersama...

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman:

suka dan duka,

dihibur dan disakiti,

diperhatikan dan dikecewakan,

didengar dan diabaikan,

dibantu dan ditolak...

namun semua ini tidak pernah disengajakan utk dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya akan berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukankan usaha pemeliharaan dari kesetiaan.

Tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi lebih kepada memberikan dan mewujudkan apa yang dimahukan oleh kita.

Kerinduan adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabat.

Ingatkah kita kali terakhir berada dalam kesulitan?.

Siapa yang berada di samping kita ??

Siapa yang mengasihi saat kita merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama kita... saat kita tak mampu memberikan apa-apa ??

Teman sejati adalah seorang yang menggapai tangan kita dan menyentuh hati dengan ketulusan, dia selalu ada di saat kamu memerlukan seseorang.

Hargai dan peliharalah persahabatan, tidak perlu menipu diri sendiri untuk berpura-pura berbaik dengan sahabat demi kepentingan diri...

Dan aku banyak belajar tentang sahabat sepanjang aku susah dan senang. Barulah "mataku" nampak siapakah yang layak ku gelar "sahabat..." terutama dengan mereka yang sentiasa ketawa bersama...

Diakhir perbualan, anak bongsuku bertanya lagi..... " Siapa Good Friend Mama?"

Sambil memeluknya, "Three of you are my Good Friend but I will still scold with a mother's LOVE"

Tuesday, July 14, 2009

Aku sayang sangat.....

Aku memang sangat bertuah...punya "ahli keluarga" yang besar dan menghiburkan.

Tak pernah sedetik pun aku rasa macam mereka ini orang asing...

Aku sayang sangat...pada "keluarga Ehoza" ku....


Seperti biasa, posing yang tak makan saman....

Game paling mencabar minda...iyo ko?






Mengeratkan silaturrahim sesama saudara....










Lumur tepung buat yang tak dapat menjawab soalan...



Yang ni memang patut kena lumur sebab lupa tarikh lahir...ada ke patut??


Ehoza Internatinonal Boat Racing Competition Contest .... :-)





Ibu-ibu berkumpul sambil...



Permata hatiku.....

Responsible person for the event.... Kahar & Tsunamizu.
Thanks Kahar sebab berusaha menceriakan suasana & thanks for being "there" when I was really down...



Tsunamizu & anak-anak...



Fadil cuba cari ketulan emas....

Dia ni timbul time makan & tiba2 hilang sebelum kami balik....kes...kes...kes...


Ada je yang nak ngendeng anak dara aku....




Wei...mana gambar nasi lemak???


Sesi membahagi hamper yang dimenangi oleh setiap kumpulan.

Thursday, July 9, 2009

Koleksi Puisiku...

Mungkin ada yang tak perasan yang aku sememangnya ada menulis beberapa puisi dalam blog aku ini. Kalau browse post2 lama, bole jumpa, tapi tak ingat la pulak tarikhnya :-)

Takde la banyak mana, tapi yang aku publish kat blog ni hanya sebahagian je...

So, disebabkan aku ni memang berbakat (ayat pengakuan benar...hehe) dalam meluahkan perasaan dalam bentuk puisi dan lirik lagu, aku pun join Kapasitor untuk menambah ilmu dan mencuba "test" bakat aku among penulis2 yang professional...perghh! Penilaian yang aku terima, at average 3.5/5...antara beribu kiriman puisi dari penulis2 amatur hingga professional. Kira tahap amatur le aku ni, ye? hehe...(yang ni statement perasan...)

Tapi kali ni, aku nak pembaca blog ini menilaikan koleksi puisiku...

Aku bukan taknak buat poll, tapi penilaian akan dibuat melalui komen yang diberi. Lebih personalized dan mesra gitu... :-)

Cara Penilaian:

1- Pilih puisi yang korang paling suka & tolong beri e-mail address yang valid
2- Beri sebab kenapa suka puisi yang dipilih...Contoh: Suka penggunaan prosa kata yang klise
3- Beri rating (1-5 points)... Contoh: Beri 5 points
4- Sila beri komen...Maaf...takde contoh sebab komen harus diberi berdasarkan keikhlasan hati masing-masing... :-D


Ada hadiah tak?


Sudah tentu ada.

Aku akan menilai pula atas komen yang diberi & aku akan hubungi commentator melalui e-mail address yang diberi. So, pastikan e-mail address korang VALID... :-)

Apa hadiahnya?




Eh! Mana boleh bagi tau...tak aci la...




So, tarikh akhir untuk penilaian himpunan puisi aku ni ialah pada : 19hb July 2009


Good Luck to u all dan diharapkan mendapat respond yang positif dari korang semua....


Puisi-puisi akan di-publish setiap 15minit...jadi, sabar dan nilaikan selepas membaca kesemua puisi-puisi yang dah scheduled to be published. Thanks yea... :-)

Puisi kelima: Khayalan cuma....

Adakah aku meneguk sepi?

Atau egomu bertopengkan rupa?

Khayalku mencipta sebuah melodi

Lagu cinta kita berdua

Hanya aku seorang

Masih berdiri disini kerana cinta

Cinta yang tepu

Khayalan cuma

Puisi keempat: Apa yang ku rasa...

Andai aku lakarkan cintaku
Akankah pelangi bercorak ceria semula?
Masihkah sang kenari sudi bernyanyi merdu?

Sepi hati ini hanya aku yang tahu
Arakian menanti semusim berlalu
Dalam pencarian erti sebuah cinta
Sehalus dedalu diterbangkan jua

Kerana kasih kuturutkan hati
Kerana budi cinta kuberi
Pada janji yang mudah dimungkiri
Pada cahaya yang kian sirna

Laungan sepi kian bergema
Menjerit terlolong pada yang alpa
Jangan sesekali kau kesali
Pada pertemuan yang bakal diakhiri...

Puisi ketiga: Sebelum nafas terhenti

Ingin aku melakar kisah cinta ini
Ingin aku berkongsi denganmu
Semua tangis, tawa, jerit dan perih

Kau curahkan kasih
Kongsi bahagia
Juga korban cita-cita
Demi masa depan dan cintamu pada kami

Namun, tiada siapa akan faham amarahmu
Tiada akan pernah endah nasihatmu
Jauh sekali untuk mengerti emosimu

Dan aku?
Masih tidak pandai tunjukkan cinta padamu
Hingga ke akhir tidak akan dapat membalas jasa
Tidak bererti pengorbananku

Ketika nafas terhenti kelak,
Hanya kaulah yang terbaik buatku dan aku adalah yang terbaik buatmu jua

Maafkanku jika aku tidak sempurna
Hanya kasihmu yang mampu membawaku ke syurga.

Puisi kedua: MiR

Dalam seketika aku menanti

Tidak sedetik aku berhenti

Selama seusia aku mencintai

Walau seluas samudera jarak kita

Walau sedalam jurang perbezaan

Aku kan tetap menanti, mencintai

Setiap darah yang mengalir di tubuh

Hingga tiba waktu itu, aku kan berhenti
Puisi pertama: Kau permata hatiku

Kau permata hatiku

Yang selalu diingatanku

Tiap kali aku tinggalkanmu, untuk engkau menuntut ilmu

Hanya satu harapanku, Ilmu tidak akan kau jemu untuk jadi bekalan masa depan

Walau terguris mana pun hatiku, aku tetap ingin memeluk dan mencium dahimu tiap kali aku tatap wajah suci di waktu lenamu

Kau permata hatiku

terkadang aku menyakiti hatimu, terkadang aku alpa dengan rentak sendiri

Namun kau tetap bersinar, memberi cahaya tiap kali aku hilang punca dalam kegelapan.

Aku, hanya ingin menyayangimu di setiap nafas yang ku gagahkan untuk melihat kau dewasa.

Hanya kau, permata hatiku



Wednesday, July 8, 2009

Guys & Girls Facts

---Guy Facts---


When a guy calls you, he wants to be with you

When a guy is quiet, he's listening to you...

When a guy is not arguing, he realizes he's wrong

When a guy says, "I'm fine" after a few minutes, he means it

When a guy stares at you, he wishes you would care about him and wonders if you do

When a guy calls/texts/comments/messages you everyday, he is in love

When a (good) guy tells you he loves you, he means it

When a guy says he can't live without you, he's with you till your done

When a guy says, "I miss you,"he misses you more than you could have
ever missed him or anything else


--Girl Facts--


When a girl is mean to you after a break-up,
she wants you back but she is too scared she'll get hurt and knows you're gone forever!

when you catch a girl glancing at you, she wants you to look back and smile

When a girl bumps into your arm, while walking with you she wants you to hold her hand

When she wants a hug, she will just stand there

When u break a girls heart, she still feels it when you run into each other 3 years later

When a girl is quiet, millions of things are running through her mind..

When a girl is not arguing, she is thinking deeply...

When a girl looks at you with eyes full of questions, she is wondering how long you will be around

When a girl answers, "I'm fine," after a few seconds, she is not fine at all

When a girl stares at you, she is wondering why you are playing games

When a girl says she can't live without you, she has made up her mind that you are her future

When a girl says, "I miss you," no one in this world can miss you more than that

Don't deny it, you know you never want to lose this person...yes and u know who.. ;-)

Mengertilah wahai Adam...

Adam, mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam, mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam, mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam, mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam, mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jangan disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam, mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jangan dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Siapa Adam? Entah..aku pun tak kenal....tapi ditujukan buat semua kaum Adam dan tulisan ni aku dapat dari seorang teman.

Sunday, July 5, 2009

Aku angau kat seseorang...

Terkadang, kita terbawa dengan perasaan terutama bila kita tengah keseorangan dan tidak punya teman untuk berbual.

Ketika inilah kita akan cepat menerima seseorang sebagai kawan dan bermulalah sesi "chatting" yang berakhir pukul 2-3 pagi dan hari-hari berikutnya....mula rasa gelisah tak menentu menyelubungi diri...buat kerja pun tak fokus...kawan sebelah rancak bersembang pun, kita tak ketawa terbahak seperti biasa...bila tak dengar suara atau dapat e-mail atau sms, bila jalan sorang diri akan terasa macam 'orang tu' ada berdekatan dan berharap akan terserempak dengannya...inilah dinamakan sebagai penyakit 'angau'... :-)


Hakikatnya.....

Aku angau kat seseorang bila.....
rasa excited sangat bila dapat respond (friend request) dari seseorang yang aku minat...

Aku angau kat seseorang bila.....
asyik buka Yahoo Massenger tiap kali berpeluang dan 'intai' kalau2 'orang tu' online...

Aku angau kat seseorang bila.....
asyik buka profile 'orang tu' sebab nak tengok gambarnya...

Aku angau kat seseorang bila.....
menjerit kecil bila 'orang tu' minta atau beri no handphone...

Aku angau kat seseorang bila.....
asyik jeling kat handphone sambil berharap 'orang tu' hantar sms...

Aku angau kat seseorang bila.....
sengih sorang2 - teringat conversation mlm tadi dan macam mana aku dapat berkenalan dengan 'orang tu'

Aku angau kat seseorang bila.....
dalam hati rasa nak cerita kat semua orang tentang 'orang tu'

Aku angau kat seseorang bila.....
aku rasa macam takde masalah langsung dalam hidup sebab asyik dok fikir tentang 'orang tu'

Aku angau kat seseorang bila.....
nampak macam kelibat 'orang tu' kat sana tadi....

Aku angau kat seseorang bila.....
berpakaian, mesti yang terbaik agar 'orang tu' akan perasan penampilan aku...








Hahaha...memang teruk perasaan angau ni...




semoga perasaan angau yang kamu lalui berakhir dengan perhubungan yang suci dan berkekalan...





Siapa kata zetamier angau?








Bukan kamu baru baca tadi dan senyum simpul sebab mengakui hakikat yang sebenarnya...





"aku sedang atau pernah angau kat seseorang"








Thursday, July 2, 2009

Bloggers from twitter

Best betul "project" aku nih...hehehe...promote blogger lain kat blog aku. Ada yang telah menujukan soalan cepumas padaku: "Ko dapat hadiah ke buat macam ni? What's the catch? Ko dapat duit dari "Per Click" ke?"----- hahaha....Aku tidak mahu menjawab semua soalan2 yang aku pun tak ada jawapannya....seNgaL lagi...memang hari seNgaL untuk aku hari ni...dah...dah... aku tak nak merepek jauh2 ni...

Kali ni entry aku tentang tiga orang full time blogger yang aku kenal (secara virtual) di Twitter.com Ada lagi sorang, tapi pakwe hensem ni prefer to keep his blog private...mungkin sebab dia tak larat nak sign 'autograph' kot...hehe...jgn marah rdhanz..

Just wanna highlight here...it took me one 'hole' day to actually read and digest these bloggers blog content. Y? Sebab dia org ni memang full time pro-blogger. Maksud aku, really make money!

So....the first one I shall start with...


Mohd Suhaily George Abdullah...sedara kita ni...buat yg beragama Islam....He is a blogger...a professional blogger.. kenapa aku kata Pro? sebab dia bagi tutorial secara online dan melalui kuliah....bukan sebab dia hensem, kay? Antara product dari Mohd Suhaily...[read more..]



Heariwan is another blogger who travels around the world..had his list of countries yet to visit. Travel makes one man wiser...I've experienced it...therefore I know...It's a different feeling as you leave your country and as your reched others. My saying, I still love and prefer my birth country....Malaysia. Banyak gambar2 menarik selain dari peluang bisnes kat blog heariwan antara yang menarik... [read please...]--buat yang ada sakit jantung atau anti sexy, SILA jangan BACA...huaHuahUahuA...




Denaihati...puas aku cari profile dia..x gak jumpa2...tapi aku teruskan juga beri komen tentang blog dia yang simple yet very enterprising. Dia ni ada few blogs yang lain selain dari Yang Terbuku di Hati. Aku ambil peluang ni untuk announce contest "Weblog Popular di Malaysia" yang menawarkan hadiah lumayan...RM1,000 tuuuu...gi jenguk...jangan x gi... :-D
Some lines tentang contest:

" Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia aku perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu aku mencari Weblog Popular 1Malaysia.

HADIAH

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.

Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT " [syarat-syaratnya....] - eheh..sama-sama..
saya memang sangat bebesar hati untuk sponsor...promosi contest ni kat blog saya... :-D
huahuahuA....(dh kena angau sebenarnya aku ni)



Next entry: Aku sedang angau kat seseorang...hehehe.....

Rainforest World Music Festival

Have u all heard of Rainforest World Music Festival? I've never been to the concert, but went to couple of the prebiuuuu..wuuuu...best...baru preview....blom live! Sure best...hmmm.. normally, the concert will be held at Miri or Kuching, Sarawak. Nang best! Kamek mauk gi sia...mauk nangga concert ya...nang best...kamek tauk ya...huhu...I wanna go!!!!! It's been 15years since aku last pijak bumi Kenyalang....eheh...cari alasan la tu... :-p

Sebenarnya???? Ada maksud tersirat tu.... :-)

Ye betul...ada orang ajak...hehe...tapi malang x berbau wangi...aku tidak dapat pergi..

Sebab?????

???????

????????

????????????

???????????????

????????????????

Sebab bila Najib jadi PM, dia x bagi elaun utk single mom yg x bekerja mcm aku....haha! SenGaL!
Uiks??? Kenapa plak kerajaan nk bagi elaun kat aku??? hehe..

Well readers, kalau minat dgn muzik- especially world music or love Malaysia's beautiful ethnicity, u all should give a peep to watch the preview here....[read more...]

These are some pictures taken last year (2008)...[more archive....]- courtesy from Sarawak Tourism Board.


It's All About Love