Sunday, February 21, 2010

Antioksida & Kesihatan Anda




Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.

Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu ujian yang menggunakan pemakanan tambahan tunggal memberikan hasil yang sangat mengecewakan.

Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas.
Para penyelidek antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah aƧaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur.

Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.

sumber dari: PanduanPercuma.info





Antioxidants & Your Health


Antioxidants such as vitamin E or beta carotene, alone can not prevent heart disease, fight cancer, eradicate or prevent eye diseases such as Alzheimer's disease claimed some parties.

Assumption that says antioxidant good for health arising from the study that found that those who take food rich in antioxidants have long-term health is better. However tests using nutritional supplements only provide a very disappointing result.

Antioxidants stabilize free radicals, byproducts of the process of generating energy by our body, which is harmful. Free radicals can damage body cells, making LDL cholesterol becomes more severe and a commotion everywhere in our body. The body does not produce an antioxidant, it requires various types of antioxidants contained in food to help neutralize free radicals.

The international research team has made a study on more than 1,000 food to determine the level of antioxidant content in it. Leading the list is aƧaiberry, blueberry, blackberry, walnut, strawberry, cranberry, raspberry, elderberry, cloves kisar, pomegranates and grapes.

Each food contains just a different type of antioxidant. Choose only one food rich in antioxidants can not help you to remain healthy. You need to eat some type to get various types of antioxidants.



Thursday, February 18, 2010

"an apple a day keeps the doctor away"

If "an apple a day keeps the doctor away"...imagine what a blend of 19 power-packed superfruits of MonaVie will do for your health and energy levels!

Benefits

  • Delivers powerful antioxidant protection
  • Improves absorption of nutrients for better digestion
  • Strengthens the body's immune defences
  • Beefs up "Seek & Destroy Cancer Cells"
  • Alleviates tiredness & increases energy
  • Improved sexual function
  • Soothes painful joints, stiff neck & body aches
  • reduces water retention for bulging tummy
  • As well as reveals clear, great-looking skin- FREE from age spots
Who should consume MonaVie?

  • If you are under tremendous stress
  • If you are recovering from surgery or serious illness
  • If you wish to protect yourself from cancer
  • If you wish to increase the effectiveness of your existing supplements
  • If you wish to get the best out of your diet...maximize your digestion
  • If you experience frequent headaches, stiff neck, frozen shoulders, joint pains, muscle aches, gout, & unexplained body aches and pains
  • If you get tired easily or feel sleepy after meals
  • If you catch cold easily
  • If you are suffering poor appetite & indigestion - belching, passing of wind, constipation, piles
  • If you are suffering from high cholesterol, blood pressure or diabetes
  • If you just gave birth and wanted to fit into your jeans A.S.A.P.!
MonaVie is blended fruit juice, processed under the watchful eyes of leading product development team & scientific advisors. Every 60ml (2oz) of MonaVie juice; replaced the consumption of 5 types of fruits & 1 kg of vegetables we should consumed daily!


* Changes or effects from consuming MonaVie differs from each individual.








Jika " sebiji epal sehari akan menjauhkan anda dari doktor", bayangkan jika anda mengamalkan pengambilan jus MonaVie - gabungan 19 jenis buah-buahan yang kaya dengan:

Kebaikan:

  • Membekalkan perlindungan antioksida
  • Meningkatkan penyerapan nutrien untuk penghadaman yang baik
  • Menguatkan daya ketahan badan
  • Meningkatkan aktiviti "Mencari & Memusnahkan sel kanser yang sememangnya ada dalam sistem sel badan kita
  • Mengurangkan keletihan & meningkatkan tahap tenaga
  • Memperbaiki fungsi seksual
  • Melegakan sakit sendi, sakit leher & sengal badan
  • Mengurangkan pembendungan air yang menyebabkan perut buncit
  • Menyerlahkan kulit yang cantik tanpa cela - BEBAS dari jeragat

Siapa yang harus mengamalkan MonaVie?

  • Jika anda mengalami tekanan stress yang tinggi
  • Jika anda sedang pulih dari pembedahan atau penyakit kronik
  • Jika anda ingin melindungi diri dari penyakit kanser
  • Jika anda ingin menigkatkan keberkesanan suplemen yang sedang diambil
  • Jika anda ingin memanfaatkan diet anda sepenuhnya...memaksimakan penghadaman
  • Jika anda selalu sakit kepala, rasa tegang di bahagian bahu & leher, sengal sendi, sakit otot, gout dan sakit-sakitr badan yang lain
  • Jika anda mudah letih atau rasa mengantuk selepas makan
  • Jika anda mudah dijangkiti batuk atau selsema
  • Jika anda mengalami masalah kurang selera, ketidakselesaan sistem penghadaman - kerap sendawa, perut berangin, senak, kembung, sembelit atau buasir
  • Jika anda menghidapi penyakit kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau kencing manis
  • Jika anda baru sahaja melahirkan anak dan tidak sabar ingin menyarung semula seluar jeans dengan SEGERA!

* Setiap pengamabilan MonaVie akan memberi kesan yang berbeza pada setiap individu.

MonaVie ialah Jus Buahan yang diproses dibawah kawalan pasukan pembangunan produk & penasihat saintifik. Setiap 60ml (2oz) MonaVie membekalkan kebaikan yang sama seperti memakan 5 jenis buah & 1 kg sayuran yang sepatutnya kita makan setiap hari!

Friday, November 20, 2009

Yang terbaik buatmu

Semalam, aku tak sedap duduk....gelisah sepanjang masa. Cuaca mendung je...tapi aku asyik berpeluh tapak tangan.

Dah kul 10 pagi ni...aku jadi makin gemuruh...debar...nervous...excited...anxious...sama je la tu...!

Sampai la aku nampak kelibat kereta Waja yang dipandu oleh seorang wanita yang separuh umur. Rasa macam nak terkam je kereta Waja tu. Aku tahu keputusan muktamad ada dalam kereta tu... Aku berdebar lagi...makin laju jantung ku berdegup...Pergh...!!! Suspen..! Suspen...!



10 minit berlalu.....



Aaahhh...tak peduli la...! Aku terus buka pagar yang 'menyekatku' sejak 2 jam yang lalu. Aku taknak berdiri menunggu dah...!

Kelihatan ramai lagi "penunggu" sepertiku menerpa ke arah pagar sekolah yang tidak berkunci.

Lepas 'kami' terkam masuk, tetiba jadi terpinga...

Ha! Nak buat pe ni? Ke mana? Hehehe....sengal... :-)



Tetiba, kedengaran satu suara yang mengumumkan agar semua murid & ibu bapa untuk berkumpul di dalam dewan sekolah.

Aku dihampiri oleh Puan Azlina, guru yang pertama aku lihat.

"Anak awak dapat 4...."

Uiks? Haaaaa.....????!!!


Nak senyum ke tak? Nak marah ke? Marah kenapa?


Syukur Alhamdulillah.....



*********************************************************************************


Dari jauh aku nampak Sayyidat menangis bila namanya dipanggil untuk pelajar yang mendapat 4A & 1B.

Uiks? Kenapa dia nangis?

Aku berjalan di bahagian tepi dewan dan perhatikan anakku yang sedang meratapi keputusan UPSR yang diperolehi sambil berkongsi tangisan dengan kawan-kawannya.

Aku biarkan Sayyidat reaksi begitu buat seketika. Tak lama kemudian, hatiku berasa sedih dan dengan perlahan, aku berjalan menuju ke arah Sayyidat sambil menghulurkan tangan. Aku tahu yang di saat itu, aku sangat diperlukan.

Sayyidat menoleh dan dengan mata yang bergenang, dia menyambut tanganku dan meraung sekuat hatinya dalam dakapanku.

Aku faham perasaannya ketika itu. Marah, frust dan gembira bercampur baur....

Aku tahan sebak di hati, aku cium pipi & dahi Sayyidat sambil ucapkan "Tahniah sayang....Mama bangga dengan anak mama....Kita terima qada' & qadar dari Allah...."

Sayyidat,

As u read this, I want you to know that you are one of the best thing I had in my life.

Apa pun keputusan yang Sayyidat buat, I will always be right here, behind you...to support and guide you....all the way.

Segalanya yang terbaik buatmu....permata hatiku....




Wednesday, November 11, 2009

Sayyidat Fawatim






It seems like baru semalam aku hantar Sayyidat ke sekolah.

At 3 years old, dia dah merengek nak ke sekolah. So aku hantar dia ke play school berdekatan.

Seminggu kemudian, dah tak nak ke sekolah lagi...alasannya;
"Sekolah tu tak de tulis-tulis pun? Asyik nyanyi je..."

How time flies...instantly....

Lagi 3 bulan, she'll change her school uniform...she'll be in secondary level...

A grown up girl and become a lady, now...

Dah pandai bagi komen....especially on my dates...haha!!!





Sunday, November 8, 2009

Aku rela & bersyukur....

Aku rela dan akur dengan kuasa Allah s.w.t. yang telah menjemput mama pulang ke rahmatullah.

Aku rela melepaskan mama kerana aku yakin, Allah s.w.t. lebih menyayangi mama.

Aku rela mama 'pergi' kerana tidak sanggup melihat mama menanggung kesakitan akibat kuman kanser yang telah merebak ke bahagian otak mama dan kedua buah pinggangnya yang sudah tidak berfungsi lagi.

Aku rela dengan seikhlas hati mengorbankan kerjayaku demi menjaga mama.

Aku rela dan akur dengan kuasaNya, aku berpeluang untuk menjadi orang yang pertama mengetahui sakit mama ketika Doktor mengesahkan mama menghidap kanser kelenjar.

Aku rela dimarahi ayah dan kakak kerana degil untuk 'online camera' dengan adik yang berada di Canada untuk menatap wajah mama pada hari terakhir mama bernafas.

Aku bersyukur menjadi orang pertama mendengar kata-kata dari Doktor yang mama hanya mampu bertahan kurang dari 24jam untuk hidup.

Aku bersyukur kerana menjadi orang pertama dan terakhir yang sempat melafazkan kalimah syahadah di telinga mama ketika mama melepaskan nafas terkahirnya.

Aku bersyukur kerana berpeluang memohon ampun dari mama dan melafazkan kemaafan pada mama agar dia dapat 'pergi' dengan tenang.

Aku bahagia kerana dapat melihat wajah terakhir mama yang tersenyum dengan manis setelah dikapankan.

Dan....

Aku rela menanggung rindu pada mama kerana...

Akulah anak yang paling manja dengan mama sehinggalah adikku dilahirkan.

Akulah anak yang mewarisi kebolehan dan minat yang sama dengan mama dalam bab memasak, menjahit dan berkraftangan.

Akulah anak yang paling degil sehingga mama tidak mampu menghalang hampir segala keputusanku.

Akulah anak yang sentiasa merajuk dengan mama bila mama menegur kesalahanku.

Akulah anak yang bertuah kerana berpeluang menjaga makan, minum dan membersihkan mama sepanjang mama sakit.

Puisi ini sempat kutulis ketika mama diagnosed Cancer Lymphoma....


Ingin aku melakar kisah cinta ini
Ingin aku berkongsi denganmu
Semua tangis, tawa, jerit dan perih

Kau curahkan kasih
Kongsi bahagia
Juga korban cita-cita
Demi masa depan dan cintamu pada kami

Namun, tiada siapa akan faham amarahmu
Tiada akan pernah endah nasihatmu
Jauh sekali untuk mengerti emosimu

Dan aku?
Masih tidak pandai tunjukkan cinta padamu
Hingga ke akhir tidak akan dapat membalas jasa
Tidak bererti pengorbananku

Ketika nafas terhenti kelak,
Hanya kaulah yang terbaik buatku dan aku adalah yang terbaik buatmu jua

Maafkanku jika aku tidak sempurna
Hanya kasihmu yang mampu membawaku ke syurga.



************************************************************************************

Selagi kita masih sempat memohon maaf pada kedua orang tua kita, lakukanlah...

Selagi kita masih bernyawa dan berpeluang, maafkanlah kedua orang tua kita dangan melafazkannya...

Selagi kita masih berdaya dan mampu, korbankanlah masa dan apa saja yang kita miliki buat kebahagiaan kedua orang tua kita...

Bersyukurlah padaNya atas kenikmatan yang diberi dan berterima kasihlah pada kedua orang tua kita atas kehidupan yang kita ada sekarang....







Alhamdulillah....aku masih lagi bernafas untuk menyambut hari lahirku pada tahun ini...amin



It's All About Love