Wednesday, August 21, 2013

Adriana Sofea part 1

Assalamualaikum.
Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Mohon maaf atas segala khilaf diri dan keterlanjuran kata samada sengaja mahu pun tidak.
Lama sangat dah aku postponed niat nak update blog ni. Tapi janji tetap janji. Minat tetap diteruskan walaupun si kecik tengah melalak mintak dukung kat sebelah ni.
Nak cerita atau lebih molek lagi, nak kongsi pada semua perihal "orang baru" dalam family.
Masih ingat lagi pada Ramadhan 1433, aku dah plan nak pergi mengerjakan umrah anak beranak sekali dengan keluarga mertua. Tapi nak dijadikan cerita, liat sangat permohonan visa aku seorang. Padahal semua dah siap...vaksin dah ambil, passport & segala macam dokumen dah sedia. Boleh kan permohonan visa aku sahaja yang terlepas pandang sehingga tamat tempoh permohonan. Allahu Akbar. Kecewa. Tak percaya. Menangis pun ada pada mulanya. Tapi Allah maha kaya. Tiap dugaan diberi olehNya pada tiap hambaNya, akan ada hikmah yang menanti.
Alhamdulillah, beberapa minggu selepas kecewa dengan pembatalan rancangan nak mengerjakan umrah, aku disahkan mengandung bila doktor buat ujian air kencing sewaktu aku ke klinik sebab demam. Apa lagi...sujud syukur la. Alhamdulillah...
Pendekkan cerita, aku pun melahirkan seorang lagi puteri dalam hidupku melalui pembedahan. Alhamdulillah. Baby sihat, aku pun tiada masalah kesihatan lalu dibenarkan balik selepas 2 hari warded.
Seronok dan meriahnya kat rumah; Allah saja yang tahu. Mana tidaknya...anak bongsu aku dah berumur 14 tahun. Macam dapat 'mainan' baru lah anak-anak aku.
Sampai ke hari ni, kakak-kakak berebut nak dukung adik dan semakin rajin menolong aku di dapur. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

It's All About Love