Friday, July 24, 2009

Hati tak bahagia



9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA






Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1.
Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.
Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5.
Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi...
Tapi ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6.
Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8.
Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Tidak mengapa untuk berharta, tetapi kawal hati agar tidak diletakkan pada harta itu sahaja. Kerana, bila mati, kita cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... "Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya"



Hanya cinta ibubapa yang abadi.



Sunday, July 19, 2009

Buat yang bergelar sahabat .....

Aku selalu pesan dan remind anak-anakku tentang erti sahabat...

"There is no such word as Best Friend... sebagai manusia, nobody is perfect. Kerana sebagai manusia, kita akan sentiasa melakukan kesalahan...yang ada hanyalah Good Friend atau Sahabat Sejati...."

"Macam mana nak tahu yang itu sahabat sejati kita? "

"A friend in need and a friend in deed, itu cara kita nilaikan persahabatan"

Garu kepala anak bongsuku... "Tak faham la mama..."

"Kalau kita nak punya sahabat sejati, kita kenalah jadi seorang sahabat sejati dulu...perlu hormat pendirian sahabat kita, sentiasa menjadi seorang pendengar dan kalau orang tu terima kita sebagai sahabatnya, dia tak perlu lari atau benci kita kerana menegur kesalahannya"

"Dan yang paling menyentuh sekali ialah bila kita benar2 terduduk atau susah, tak kira dari segi kewangan atau apa jua....ketika itulah kita 'dapat melihat' orang yang sanggup menjadi sahabat kita...dan kita juga harus terima mereka seadanya...kerana mereka sudahpun menerima kita..."

Sambungku..."Begitu juga dengan keutamaan, bila kita terpaksa memilih antara situasi yang ini dan sahabat yang itu, timbangkanlah yang terbaik...kasih sayang seorang sahabat atau keseronokan dunia dan ego kita...."

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering merasakan beberapa dugaan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi dugaan itu bahkan tumbuh bersama...

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman:

suka dan duka,

dihibur dan disakiti,

diperhatikan dan dikecewakan,

didengar dan diabaikan,

dibantu dan ditolak...

namun semua ini tidak pernah disengajakan utk dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya akan berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukankan usaha pemeliharaan dari kesetiaan.

Tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi lebih kepada memberikan dan mewujudkan apa yang dimahukan oleh kita.

Kerinduan adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabat.

Ingatkah kita kali terakhir berada dalam kesulitan?.

Siapa yang berada di samping kita ??

Siapa yang mengasihi saat kita merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama kita... saat kita tak mampu memberikan apa-apa ??

Teman sejati adalah seorang yang menggapai tangan kita dan menyentuh hati dengan ketulusan, dia selalu ada di saat kamu memerlukan seseorang.

Hargai dan peliharalah persahabatan, tidak perlu menipu diri sendiri untuk berpura-pura berbaik dengan sahabat demi kepentingan diri...

Dan aku banyak belajar tentang sahabat sepanjang aku susah dan senang. Barulah "mataku" nampak siapakah yang layak ku gelar "sahabat..." terutama dengan mereka yang sentiasa ketawa bersama...

Diakhir perbualan, anak bongsuku bertanya lagi..... " Siapa Good Friend Mama?"

Sambil memeluknya, "Three of you are my Good Friend but I will still scold with a mother's LOVE"

Tuesday, July 14, 2009

Aku sayang sangat.....

Aku memang sangat bertuah...punya "ahli keluarga" yang besar dan menghiburkan.

Tak pernah sedetik pun aku rasa macam mereka ini orang asing...

Aku sayang sangat...pada "keluarga Ehoza" ku....


Seperti biasa, posing yang tak makan saman....

Game paling mencabar minda...iyo ko?






Mengeratkan silaturrahim sesama saudara....










Lumur tepung buat yang tak dapat menjawab soalan...



Yang ni memang patut kena lumur sebab lupa tarikh lahir...ada ke patut??


Ehoza Internatinonal Boat Racing Competition Contest .... :-)





Ibu-ibu berkumpul sambil...



Permata hatiku.....

Responsible person for the event.... Kahar & Tsunamizu.
Thanks Kahar sebab berusaha menceriakan suasana & thanks for being "there" when I was really down...



Tsunamizu & anak-anak...



Fadil cuba cari ketulan emas....

Dia ni timbul time makan & tiba2 hilang sebelum kami balik....kes...kes...kes...


Ada je yang nak ngendeng anak dara aku....




Wei...mana gambar nasi lemak???


Sesi membahagi hamper yang dimenangi oleh setiap kumpulan.

Thursday, July 9, 2009

Koleksi Puisiku...

Mungkin ada yang tak perasan yang aku sememangnya ada menulis beberapa puisi dalam blog aku ini. Kalau browse post2 lama, bole jumpa, tapi tak ingat la pulak tarikhnya :-)

Takde la banyak mana, tapi yang aku publish kat blog ni hanya sebahagian je...

So, disebabkan aku ni memang berbakat (ayat pengakuan benar...hehe) dalam meluahkan perasaan dalam bentuk puisi dan lirik lagu, aku pun join Kapasitor untuk menambah ilmu dan mencuba "test" bakat aku among penulis2 yang professional...perghh! Penilaian yang aku terima, at average 3.5/5...antara beribu kiriman puisi dari penulis2 amatur hingga professional. Kira tahap amatur le aku ni, ye? hehe...(yang ni statement perasan...)

Tapi kali ni, aku nak pembaca blog ini menilaikan koleksi puisiku...

Aku bukan taknak buat poll, tapi penilaian akan dibuat melalui komen yang diberi. Lebih personalized dan mesra gitu... :-)

Cara Penilaian:

1- Pilih puisi yang korang paling suka & tolong beri e-mail address yang valid
2- Beri sebab kenapa suka puisi yang dipilih...Contoh: Suka penggunaan prosa kata yang klise
3- Beri rating (1-5 points)... Contoh: Beri 5 points
4- Sila beri komen...Maaf...takde contoh sebab komen harus diberi berdasarkan keikhlasan hati masing-masing... :-D


Ada hadiah tak?


Sudah tentu ada.

Aku akan menilai pula atas komen yang diberi & aku akan hubungi commentator melalui e-mail address yang diberi. So, pastikan e-mail address korang VALID... :-)

Apa hadiahnya?




Eh! Mana boleh bagi tau...tak aci la...




So, tarikh akhir untuk penilaian himpunan puisi aku ni ialah pada : 19hb July 2009


Good Luck to u all dan diharapkan mendapat respond yang positif dari korang semua....


Puisi-puisi akan di-publish setiap 15minit...jadi, sabar dan nilaikan selepas membaca kesemua puisi-puisi yang dah scheduled to be published. Thanks yea... :-)

Puisi kelima: Khayalan cuma....

Adakah aku meneguk sepi?

Atau egomu bertopengkan rupa?

Khayalku mencipta sebuah melodi

Lagu cinta kita berdua

Hanya aku seorang

Masih berdiri disini kerana cinta

Cinta yang tepu

Khayalan cuma
It's All About Love