Thursday, October 28, 2010

Assalamualaikum


Lama tak update blog ni. Asyik sibuk entah apa benda pun, aku tak tahu. Well, banyak benda terjadi dalam beberapa bulan ni.

Sepatutnya aku bekerja & pindah di Shah Alam, aku berhenti setelah sebulan atas sebab2 tertentu. Kawan2 nak kata apa pun, katalah...aku ok je. Malas nak buruk-burukkan orang especially dekat blog. Buat suwey je. =P

Aku tetap pindah. Tapi ke rumah ayah selepas ayah aku decide untuk dapatkan pengganti Mama. (Malu dowh nak buat statement ni) Tak pe la...aku doakan agar ayah happy dengan family baru dia. Aku masih ada anak2 & siblings yang close to me.

Dan aku masih ada Mama yang sentiasa di hati.

Memang banyak la hal2 yang benar2 menduga ketabahan hati & kelancangan mulut aku ni.

Kalau nak ikutkan hati, dah lama mati... kalau aku ikutkan rasa, badan yang binasa...

---------------------------------------------------------------------------------------------



Syukur alhamdulillah, lately aku berpeluang bertemu semula dengan teman2 asrama, teman2 dari Malaysia Airlines dan ramai lagi yang dah berpuluh tahun tak jumpa & dengar khabar berita.

Memang seronok dapat jumpa & bersembang. Tak habis semalaman nak bertukar cerita dengan kawan2 lama.


Dalam pada seronok, ada juga yang ambil kesempatan...hermmmm....macam2 perangai manusia ni. Yang aku pulak dengan bodohnya gi ngadu kat sorang dua kawan2. Padan muka aku...kena tikam balik dari belakang. Haha..!!

Alhamdulillah... aku bersyukur pada Allah swt kerana menemukan aku lebih ramai lagi manusia yang punya berbagai ragam...dapat dijadikan pengalaman.

Sampai sini dulu, ek? Esok lusa aku sambung semula. Insyaallah...

Monday, March 8, 2010

6 jenis kesilapan yang patut dielak

Sejak kebelakangan ini, kesedaran terhadap manfaat bahan-bahan makanan berasaskan organik termasuklah pengambilan herba semakin meningkat.

Pemakanan berasaskan herba atau dikenali sebagai phytotherapy amat popular meskipun belum dapat menyaingi ubatan moden.

Malangnya, tidak ramai yang mengetahui bahawa herba juga mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan.

1 - Minum teh chamomile tanpa menyedari kesannya terhadap ubat-ubatan

Minuman teh wangi ini sudah tentunya tidak berbahaya, namun ia boleh mendatangkan kesan sampingan jika diambil bersama ubat-ubatan

2 - Anda sering merasa letih & mengambil makanan tambahan berasaskan herba untuk memulih & meningkatkan tenaga

Sepatutnya anda mengkaji punca keletihan. Tanda-tanda keletihan berpunca dari kes anemia, asma, gangguan tidur, hypothyroidism, sindrom keletihan kronik & kemurungan.
Tidak mustahil juga ia mempunyai kaitan dengan gejala penyakit jantung, diabetes, kanser, kekurangan gizi, perjalanan darah yang tidak stabil & kesan sampingan ubat.

3 - Sering mengambil ubat-ubatan herba, jamu atau makanan tambahan yang boleh mengakibatkan pendarahan dalaman

Ubatan seperti asprin, warfarin dikenali sebagai pencair darah. Ia berfungsi untuk mencegah pembentukan gumpala darah didalam arteri, mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.
Namun, jika digabungkan dengan herba atau makanan tambahan yang berasaskan herba, ia akan meningkatkan risiko berlakunya pendarahan dalaman. Antara makanan yang berisiko:
Daun lidah buaya
Chamomile
Co-enzyme Q10
Bawang putih
Halia
Gingko
Ginseng
Minyak Ikan
Kulit pokok Willow

4 - Anda fikir minuman kesihatan penambah tenaga lebih baik daripada meminum kopi atau air berkarbonat?

Oh tidak....! Minuman tenaga termasuk kopi campuran tongkat ali yang sangat popular ini mengandungi kafein, vitamin & herba. Namun masalah terbesar ialah kita tidak mengetahui kesan sebenar dari kombinasi bahan2 ini.
Apa yang pasti ialah kebanyakan daripada minuman tersebut mengandungi peratusan gula yang tinggi & tiada bezanya degan minuman kopi serta air berkarbonat biasa.

5 - Anda mengambil herba untuk meningkatkan imunisasi tanpa mengetahui kesan sampingan terhadap perubatan moden.

Tahukah anda bahawa ubat-ubatan yang berkaitan dengan imunisasi digunakan untuk mencegah penolakan organ selepas transplantasi & utk mengawal gejala2 penyakit autoimun seperti rheumatoid & arthritis. Namun masalahnya, tumbuhan herba yang berfungsi utk merangsang sistem kekebalan tubuh pula bertindak sebaliknya,
melawan ubat-ubatan ini & seterusnya merangsang penolakan transplantasi! Elakkan pengambilan Alfalfa, Astragalus, Licorice, Echinacea & Ginseng

6 - Mengambil pil herba untuk melancarkan sistem penghadaman & pencernaan

Kebanyakan individu yang ingin langsing atau mempunyai masalah sembelit tanpa senaman & gaya hidup sihat, seringkali akan mengambil pil laksatif yang mengandungi herba rhubarb, lidah buaya, senna & buckthorn. Namun, ramai yang bergantung dengan produk yang bersasaskan herba2 tersebut berminggu, malah bertahun lamanya. Sepatutnya, ia tidak boleh diamalkan lebih dari seminggu kerana dikhuatiri sistem pencernaan akan gagal berfungsi dengan sendirinya dan akan diikuti dengan masalah yang berkaitan dengan denyutan jantung tidak stabil juga kerosakan buah pinggang.

sumber dari majalah NONA (mac 2010)

Pengakuan benar...!

Setelah sebulan mengambil jus MonaVie dan hasil yang didapati ialah:

1 - Kekerapan buang air kecil (setiap 2-3 jam sekali) & berwarna jernih walaupun aku tidak suka minum air kosong (mineral).

2 - Hilang rekahan pada tumit (tanpa menyapu losyen atau apa2 bahan pelembap kuit).

3 - Sistem pencernaan lebih baik (tanpa mengganggu perut & lebih lancar).

4 - Thyroid pada bahagian leher semakin mengecil - aku menghidap hyperthyroid sejak 1997

5 - Tiada lagi pendarahan gusi setiap kali memberus gigi.

6 - Tiada lagi rasa pedih perut bila bangun pagi.

7 - Walaupun berat badan tidak turun, tetapi tetap bertenaga untuk melakukan senaman setiap hari selama sejam tanpa rasa lenguh sendi.

8 - Tiada lagi rasa panas badan terutama di waktu malam yang menyukarkan tidur.

9 - Kandungan gula didalam darah berkurangan dan aku tidak lagi menggeletar, berpeluh & rasa senak apabila lapar.

10- Tiada lagi rasa mengantuk selepas makan....hahaha...part ni yang paling best sekali...!


Hanya dengan meminum jus MonaVie sebanyak 120ml sehari selama sebulan, aku telah merasakan perubahan yang ketara!

MonaVie hanyalah sejenis jus hasil dari gabungan 19 jenis buah yang kaya dengan sifat semulajadi antioksidan, vitamin2, mineral & omega 3,6 &9.

Setiap pengambilan jus MonaVie @ 120ml sehari, bersamaan dengan memakan 5 jenis buah berserta 1kg sayur. Sememangnya tahap pengambilan buah & sayur dalam diet harian kita tidak pernah mencecah sebanyak itu. Jadi, badan kita sebenarnya dapat ke jumlah gizi yang sepatutnya?

TAK PERCAYA? Haha...nasib le...amalkanlah diet tak sihat korang sementara aku maintain sihat sejahtera....

Harga promosi MonaVie : RM130 sebotol & dapatkan hadiah percuma untuk setiap pembelian sebelum 27hb Mac 2010.


Hubungi Zetamier untuk bertanya tentang hadiah PERCUMA


Monday, March 1, 2010

Terima Kasih Cinta



Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Songs by Afgan

Sunday, February 21, 2010

Antioksida & Kesihatan Anda




Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.

Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu ujian yang menggunakan pemakanan tambahan tunggal memberikan hasil yang sangat mengecewakan.

Antioksidan menstabilkan radikal bebas, hasil sampingan proses penjanaan tenaga oleh badan kita, yang membahayakan. Radikal bebas boleh merosakan sel tubuh, membuat kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan membuat kacau di merata tempat dalam tubuh kita. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan, ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan yang terkandung dalam makanan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas.
Para penyelidek antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah aƧaiberi, blueberi, blackberi, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur.

Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan dari jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan.

sumber dari: PanduanPercuma.info





Antioxidants & Your Health


Antioxidants such as vitamin E or beta carotene, alone can not prevent heart disease, fight cancer, eradicate or prevent eye diseases such as Alzheimer's disease claimed some parties.

Assumption that says antioxidant good for health arising from the study that found that those who take food rich in antioxidants have long-term health is better. However tests using nutritional supplements only provide a very disappointing result.

Antioxidants stabilize free radicals, byproducts of the process of generating energy by our body, which is harmful. Free radicals can damage body cells, making LDL cholesterol becomes more severe and a commotion everywhere in our body. The body does not produce an antioxidant, it requires various types of antioxidants contained in food to help neutralize free radicals.

The international research team has made a study on more than 1,000 food to determine the level of antioxidant content in it. Leading the list is aƧaiberry, blueberry, blackberry, walnut, strawberry, cranberry, raspberry, elderberry, cloves kisar, pomegranates and grapes.

Each food contains just a different type of antioxidant. Choose only one food rich in antioxidants can not help you to remain healthy. You need to eat some type to get various types of antioxidants.



It's All About Love