Monday, March 8, 2010

6 jenis kesilapan yang patut dielak

Sejak kebelakangan ini, kesedaran terhadap manfaat bahan-bahan makanan berasaskan organik termasuklah pengambilan herba semakin meningkat.

Pemakanan berasaskan herba atau dikenali sebagai phytotherapy amat popular meskipun belum dapat menyaingi ubatan moden.

Malangnya, tidak ramai yang mengetahui bahawa herba juga mempunyai kesan sampingan yang memudaratkan.

1 - Minum teh chamomile tanpa menyedari kesannya terhadap ubat-ubatan

Minuman teh wangi ini sudah tentunya tidak berbahaya, namun ia boleh mendatangkan kesan sampingan jika diambil bersama ubat-ubatan

2 - Anda sering merasa letih & mengambil makanan tambahan berasaskan herba untuk memulih & meningkatkan tenaga

Sepatutnya anda mengkaji punca keletihan. Tanda-tanda keletihan berpunca dari kes anemia, asma, gangguan tidur, hypothyroidism, sindrom keletihan kronik & kemurungan.
Tidak mustahil juga ia mempunyai kaitan dengan gejala penyakit jantung, diabetes, kanser, kekurangan gizi, perjalanan darah yang tidak stabil & kesan sampingan ubat.

3 - Sering mengambil ubat-ubatan herba, jamu atau makanan tambahan yang boleh mengakibatkan pendarahan dalaman

Ubatan seperti asprin, warfarin dikenali sebagai pencair darah. Ia berfungsi untuk mencegah pembentukan gumpala darah didalam arteri, mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.
Namun, jika digabungkan dengan herba atau makanan tambahan yang berasaskan herba, ia akan meningkatkan risiko berlakunya pendarahan dalaman. Antara makanan yang berisiko:
Daun lidah buaya
Chamomile
Co-enzyme Q10
Bawang putih
Halia
Gingko
Ginseng
Minyak Ikan
Kulit pokok Willow

4 - Anda fikir minuman kesihatan penambah tenaga lebih baik daripada meminum kopi atau air berkarbonat?

Oh tidak....! Minuman tenaga termasuk kopi campuran tongkat ali yang sangat popular ini mengandungi kafein, vitamin & herba. Namun masalah terbesar ialah kita tidak mengetahui kesan sebenar dari kombinasi bahan2 ini.
Apa yang pasti ialah kebanyakan daripada minuman tersebut mengandungi peratusan gula yang tinggi & tiada bezanya degan minuman kopi serta air berkarbonat biasa.

5 - Anda mengambil herba untuk meningkatkan imunisasi tanpa mengetahui kesan sampingan terhadap perubatan moden.

Tahukah anda bahawa ubat-ubatan yang berkaitan dengan imunisasi digunakan untuk mencegah penolakan organ selepas transplantasi & utk mengawal gejala2 penyakit autoimun seperti rheumatoid & arthritis. Namun masalahnya, tumbuhan herba yang berfungsi utk merangsang sistem kekebalan tubuh pula bertindak sebaliknya,
melawan ubat-ubatan ini & seterusnya merangsang penolakan transplantasi! Elakkan pengambilan Alfalfa, Astragalus, Licorice, Echinacea & Ginseng

6 - Mengambil pil herba untuk melancarkan sistem penghadaman & pencernaan

Kebanyakan individu yang ingin langsing atau mempunyai masalah sembelit tanpa senaman & gaya hidup sihat, seringkali akan mengambil pil laksatif yang mengandungi herba rhubarb, lidah buaya, senna & buckthorn. Namun, ramai yang bergantung dengan produk yang bersasaskan herba2 tersebut berminggu, malah bertahun lamanya. Sepatutnya, ia tidak boleh diamalkan lebih dari seminggu kerana dikhuatiri sistem pencernaan akan gagal berfungsi dengan sendirinya dan akan diikuti dengan masalah yang berkaitan dengan denyutan jantung tidak stabil juga kerosakan buah pinggang.

sumber dari majalah NONA (mac 2010)

1 comment:

  1. oh no! chamomile tea my fav. aritu br je mnm chamomile followed by ubt demam. xpe ke?

    ReplyDelete