Wednesday, August 21, 2013

Adriana Sofea part 3

Haa....amek kau! Ingat telemovie je ada part by part? Blog pun ada la. Especially blog yang dah berhabuk macam blog ni. Hehehe
Nak sambung lagi perihal 'buah hati' yang baru saja 'dipinjamkan' Allah padaku.
Dijadikan cerita, bila aku disahkan mengandung je, aku dah plan macam-macam. Especially bab baju dan peralatan baby. Tak nak membazir. Maka start la korek kotak-kotak lama kat rumah kakak aku. Maka keluarlah baju-baju dan aksesori baby yang dah 16 tahun umurnya. Alhamdulillah...sekali lagi aku panjatkan syukur sebab banyak baju dan barang baby yang masih elok kakak aku simpan. 

Cloth Diaper umtuk 3-6 bulan yang dah siap
 Untuk menambah perisa pulak, aku pun start kepoh cari idea nak jahit baju baby. Cari punya cari, download dan pelbagai lagi, maka siaplah beberapa helai lampin kain (cloth diaper), baju, bedung (swaddle), barut, booties/mittens, gendong (carrier) dan leggings dijahit aku. Alhamdulillah. 

Baju Tidur kain Cotton yang sangat selesa untuk baby.
Yang paling best sekali ialah; baju baby dibuat dari kain cotton (ada yg beli dari remnants & ada yang dari baki kain buat baju kurung atau tidur anak-anak aku). Leggings dibuat dari t-shirt aku yang dah tak muat. :-)

Dari belakang: cloth diaper, Depan Kiri: Barut, Legging & Washable Breast Pad

Booties/mittens pun dari perca kain yang aku collect dari tailor (kawan). Macam sengkek sangat, kan? Tapi aku puas hati sebab kalau nak simpan barangan baby ni, tersimpan sekali pengalaman aku menjahit baju & barangan baby tanpa pengalaman mahupun pengetahuan. Semuanya dari Pinterest & You Tube. 

Booties & Mittens

Leggings

Tempat simpan Diaper (Diaper Stacker)
 Aku mungkin bukan CEO, bukan juga Pegawai Tadbir atau Engineer. Tapi, Alhamdulillah...aku dikurniakan akal yang kreatif dan minat yang mendalam pada kerja kraftangan. Semuanya siap dengan kemas dan on time. Aku berhenti menjahit sebulan sebelum melahirkan. Alhamdulillah sekali lagi sebab semuanya selesai mengikut jadual. Aku mampu menyiapkan baju baby, tempahan jahitan manik dan kemas rumah ikut spesifikasi orang dalam pantang. :-p

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

 Gambar credit to: muslimmatters.org

Adriana Sofea part 2

Gambar-gambar Adriana Sofea beraksi. Tak mampu nak pakai professional photographer. Guna handphone pun jadi la. 

Sofea yang suka tersengih bila bangun pagi sambil lesung pipit menyentuh hati. Tak puas rasanya bila aku sedar yang bayi cepat membesar dan masa akan berlalu dengan pantas.
Rasa macam baru lagi belikan baju Sayyidat. Macam baru lagi bawak Syuhadah ke klinik untuk imunisasi dan kejar Sakinah yang aktif berlari. Tiba giliran Sofea pulak, aku akan treasure tiap masa aku menjaganya.
Entah kan sempat atau tidak untuk aku melihat Sofea bersekolah nanti. Wallahu 'alam. 


Apa pun, akan aku remind diri sendiri untuk tiap hari mengucapkan Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah...Ya Razak...Ya Karim. Dalam umur 40an aku masih mampu melahirkan anak dan kesihatan aku masih tip top terjaga dengan baiknya. Alhamdulillah.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!


Adriana Sofea part 1

Assalamualaikum.
Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Mohon maaf atas segala khilaf diri dan keterlanjuran kata samada sengaja mahu pun tidak.
Lama sangat dah aku postponed niat nak update blog ni. Tapi janji tetap janji. Minat tetap diteruskan walaupun si kecik tengah melalak mintak dukung kat sebelah ni.
Nak cerita atau lebih molek lagi, nak kongsi pada semua perihal "orang baru" dalam family.
Masih ingat lagi pada Ramadhan 1433, aku dah plan nak pergi mengerjakan umrah anak beranak sekali dengan keluarga mertua. Tapi nak dijadikan cerita, liat sangat permohonan visa aku seorang. Padahal semua dah siap...vaksin dah ambil, passport & segala macam dokumen dah sedia. Boleh kan permohonan visa aku sahaja yang terlepas pandang sehingga tamat tempoh permohonan. Allahu Akbar. Kecewa. Tak percaya. Menangis pun ada pada mulanya. Tapi Allah maha kaya. Tiap dugaan diberi olehNya pada tiap hambaNya, akan ada hikmah yang menanti.
Alhamdulillah, beberapa minggu selepas kecewa dengan pembatalan rancangan nak mengerjakan umrah, aku disahkan mengandung bila doktor buat ujian air kencing sewaktu aku ke klinik sebab demam. Apa lagi...sujud syukur la. Alhamdulillah...
Pendekkan cerita, aku pun melahirkan seorang lagi puteri dalam hidupku melalui pembedahan. Alhamdulillah. Baby sihat, aku pun tiada masalah kesihatan lalu dibenarkan balik selepas 2 hari warded.
Seronok dan meriahnya kat rumah; Allah saja yang tahu. Mana tidaknya...anak bongsu aku dah berumur 14 tahun. Macam dapat 'mainan' baru lah anak-anak aku.
Sampai ke hari ni, kakak-kakak berebut nak dukung adik dan semakin rajin menolong aku di dapur. Alhamdulillah.

Friday, February 15, 2013

Rindu nak menulis...

Assalamualaikum. 

Lama tak jenguk blog ni. Tetiba hari ni tergerak hati nak jenguk. Rindu nak menulis semula. Ceh...macam baguih sangat posting selama ni. Hehehe... Sibuk kerja, sibuk mengajar & sibuk prepare wedding sendiri.

Yup! Berkahwin lagi setelah 10 tahun jadi ibu tunggal. Bukan bangga, tapi tak sangka...selama ini mampu tempuh segala pahit manis membesarkan anak-anak. Berkat moral support & doa dari kengkawan. Alhamdulillah...

Thank you all...Mohon maaf atas segala khilaf & tersalah guna ayat sehingga jadi salah faham.

Ok la...just wanna wrap up posting utk 2 tahun... (senang buat kerja nampak...hahaha)

Post gambar je dah la ye?  :-)

Ramadhan 1432...

Mula berjinak dengan sekumpulan sukarelawan memberi makanan pada gelandangan di Masjid Jamek Kuala Lumpur pada setiap malam Jumaat. Tapi Ramadhan 1433 tak dapat join sebab tak berapa sihat... ;-)



 Satu lagi aktiviti bulan Ramadhan yang anak-anak suka buat...berbuka puasa di masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur. Hmmm...komen anak-anak..."lagi best berbuka kat tepi masjid daripada berbuka kat restoran yang kena tunggu & berebut" 


 Penutup cerita untuk tahun 2011...
 
Bersatunya dua hati...pada 11 Zulhijjah 1432

 ___________________________________________________________________________________

2012 

BBQ @ Ulu Yam with family


June 2012...celebrate birthday ayah yang ke 70


@ Cyberview with ayah's siblings, anak-anak & cucu-cucu sedara. Dalam gambar ni hanya sebahagian sahaja yang hadir & sempat ambil gambar



Aziz & Ani's generation... ;-)

Aidil Fitri 2012
Sebenarnya gambar ni diambil sebelum Ramadhan 1433 tiba. Tapi memandangkan adik & aku sekeluarga dijangka tak dapat beraya di Malaysia, maka kakak aku sambut "Raya" sebelum Hari Raya dengan bergambar sekeluarga. Apa pun bole....hahaha


Dah habis cerita 2012...hehehe. In sha Allah akan update lagi aktiviti & kisah orang-orang yang aku sayang...sementara aku belum bersalin. Dijangka lagi sebulan setengah...Biiznillah.
It's All About Love