Friday, November 20, 2009

Yang terbaik buatmu

Semalam, aku tak sedap duduk....gelisah sepanjang masa. Cuaca mendung je...tapi aku asyik berpeluh tapak tangan.

Dah kul 10 pagi ni...aku jadi makin gemuruh...debar...nervous...excited...anxious...sama je la tu...!

Sampai la aku nampak kelibat kereta Waja yang dipandu oleh seorang wanita yang separuh umur. Rasa macam nak terkam je kereta Waja tu. Aku tahu keputusan muktamad ada dalam kereta tu... Aku berdebar lagi...makin laju jantung ku berdegup...Pergh...!!! Suspen..! Suspen...!



10 minit berlalu.....



Aaahhh...tak peduli la...! Aku terus buka pagar yang 'menyekatku' sejak 2 jam yang lalu. Aku taknak berdiri menunggu dah...!

Kelihatan ramai lagi "penunggu" sepertiku menerpa ke arah pagar sekolah yang tidak berkunci.

Lepas 'kami' terkam masuk, tetiba jadi terpinga...

Ha! Nak buat pe ni? Ke mana? Hehehe....sengal... :-)



Tetiba, kedengaran satu suara yang mengumumkan agar semua murid & ibu bapa untuk berkumpul di dalam dewan sekolah.

Aku dihampiri oleh Puan Azlina, guru yang pertama aku lihat.

"Anak awak dapat 4...."

Uiks? Haaaaa.....????!!!


Nak senyum ke tak? Nak marah ke? Marah kenapa?


Syukur Alhamdulillah.....



*********************************************************************************


Dari jauh aku nampak Sayyidat menangis bila namanya dipanggil untuk pelajar yang mendapat 4A & 1B.

Uiks? Kenapa dia nangis?

Aku berjalan di bahagian tepi dewan dan perhatikan anakku yang sedang meratapi keputusan UPSR yang diperolehi sambil berkongsi tangisan dengan kawan-kawannya.

Aku biarkan Sayyidat reaksi begitu buat seketika. Tak lama kemudian, hatiku berasa sedih dan dengan perlahan, aku berjalan menuju ke arah Sayyidat sambil menghulurkan tangan. Aku tahu yang di saat itu, aku sangat diperlukan.

Sayyidat menoleh dan dengan mata yang bergenang, dia menyambut tanganku dan meraung sekuat hatinya dalam dakapanku.

Aku faham perasaannya ketika itu. Marah, frust dan gembira bercampur baur....

Aku tahan sebak di hati, aku cium pipi & dahi Sayyidat sambil ucapkan "Tahniah sayang....Mama bangga dengan anak mama....Kita terima qada' & qadar dari Allah...."

Sayyidat,

As u read this, I want you to know that you are one of the best thing I had in my life.

Apa pun keputusan yang Sayyidat buat, I will always be right here, behind you...to support and guide you....all the way.

Segalanya yang terbaik buatmu....permata hatiku....




Wednesday, November 11, 2009

Sayyidat Fawatim






It seems like baru semalam aku hantar Sayyidat ke sekolah.

At 3 years old, dia dah merengek nak ke sekolah. So aku hantar dia ke play school berdekatan.

Seminggu kemudian, dah tak nak ke sekolah lagi...alasannya;
"Sekolah tu tak de tulis-tulis pun? Asyik nyanyi je..."

How time flies...instantly....

Lagi 3 bulan, she'll change her school uniform...she'll be in secondary level...

A grown up girl and become a lady, now...

Dah pandai bagi komen....especially on my dates...haha!!!





Sunday, November 8, 2009

Aku rela & bersyukur....

Aku rela dan akur dengan kuasa Allah s.w.t. yang telah menjemput mama pulang ke rahmatullah.

Aku rela melepaskan mama kerana aku yakin, Allah s.w.t. lebih menyayangi mama.

Aku rela mama 'pergi' kerana tidak sanggup melihat mama menanggung kesakitan akibat kuman kanser yang telah merebak ke bahagian otak mama dan kedua buah pinggangnya yang sudah tidak berfungsi lagi.

Aku rela dengan seikhlas hati mengorbankan kerjayaku demi menjaga mama.

Aku rela dan akur dengan kuasaNya, aku berpeluang untuk menjadi orang yang pertama mengetahui sakit mama ketika Doktor mengesahkan mama menghidap kanser kelenjar.

Aku rela dimarahi ayah dan kakak kerana degil untuk 'online camera' dengan adik yang berada di Canada untuk menatap wajah mama pada hari terakhir mama bernafas.

Aku bersyukur menjadi orang pertama mendengar kata-kata dari Doktor yang mama hanya mampu bertahan kurang dari 24jam untuk hidup.

Aku bersyukur kerana menjadi orang pertama dan terakhir yang sempat melafazkan kalimah syahadah di telinga mama ketika mama melepaskan nafas terkahirnya.

Aku bersyukur kerana berpeluang memohon ampun dari mama dan melafazkan kemaafan pada mama agar dia dapat 'pergi' dengan tenang.

Aku bahagia kerana dapat melihat wajah terakhir mama yang tersenyum dengan manis setelah dikapankan.

Dan....

Aku rela menanggung rindu pada mama kerana...

Akulah anak yang paling manja dengan mama sehinggalah adikku dilahirkan.

Akulah anak yang mewarisi kebolehan dan minat yang sama dengan mama dalam bab memasak, menjahit dan berkraftangan.

Akulah anak yang paling degil sehingga mama tidak mampu menghalang hampir segala keputusanku.

Akulah anak yang sentiasa merajuk dengan mama bila mama menegur kesalahanku.

Akulah anak yang bertuah kerana berpeluang menjaga makan, minum dan membersihkan mama sepanjang mama sakit.

Puisi ini sempat kutulis ketika mama diagnosed Cancer Lymphoma....


Ingin aku melakar kisah cinta ini
Ingin aku berkongsi denganmu
Semua tangis, tawa, jerit dan perih

Kau curahkan kasih
Kongsi bahagia
Juga korban cita-cita
Demi masa depan dan cintamu pada kami

Namun, tiada siapa akan faham amarahmu
Tiada akan pernah endah nasihatmu
Jauh sekali untuk mengerti emosimu

Dan aku?
Masih tidak pandai tunjukkan cinta padamu
Hingga ke akhir tidak akan dapat membalas jasa
Tidak bererti pengorbananku

Ketika nafas terhenti kelak,
Hanya kaulah yang terbaik buatku dan aku adalah yang terbaik buatmu jua

Maafkanku jika aku tidak sempurna
Hanya kasihmu yang mampu membawaku ke syurga.



************************************************************************************

Selagi kita masih sempat memohon maaf pada kedua orang tua kita, lakukanlah...

Selagi kita masih bernyawa dan berpeluang, maafkanlah kedua orang tua kita dangan melafazkannya...

Selagi kita masih berdaya dan mampu, korbankanlah masa dan apa saja yang kita miliki buat kebahagiaan kedua orang tua kita...

Bersyukurlah padaNya atas kenikmatan yang diberi dan berterima kasihlah pada kedua orang tua kita atas kehidupan yang kita ada sekarang....







Alhamdulillah....aku masih lagi bernafas untuk menyambut hari lahirku pada tahun ini...amin



NOVEMBER ini......

November ini , telah setahun aku berjinak dengan "blog". Nak jadi "blogger" la kononnya..

November ini, dah setahun aku join forum Ehoza.com dan disini, aku punya beratus kenalan yang ku anggap seperti ahli keluarga.

November ini, aku telah sambut harijadiku dengan rakan-rakan sepejabat dan keluarga tersayang. Aku masih ingat lagi....Mama datang dalam keadaan sakit perut. Aku bahagia kerana padaku, aku punya segalanya...keluarga, kerjaya and a place to call home...

November ini, aku masih lagi ber-blogging...
November ini, aku masih lagi punya ahli keluarga di Ehoza.com




November ini, aku kehilangan ibu tersayang...


************************************************************************************
It's All About Love