Monday, October 19, 2009

Precious gifts for Me....

Beraya di "kampung" sendiri...Kuala Lumpur... :-)


Queen of my heart....


Pictures taken during Hari Raya visit to Penang.
Aku sekeluarga menumpang beraya di kampung orang...huhu..
It's so sad when u don't have a "true kampung". Well, I am still proud being a city girl!
Bila orang tanya kampung aku kat mana? Aku akan jawab: "Nearby KLCC!"
Well, it's true...at least... :-P



Wednesday, October 14, 2009

Contest Weblog Popular 1Malaysia : Hadiah Tambahan

Masih ingat lagi dengan contest pencarian weblog popular? Aku pernah promote sorang blogger yang menganjurkan contest ni.

Untuk memudahkan kerja aku, sini aku tepek segala isi tentang contest tu. Lumayan juga ganjaran yang diberi..join...jangan tak join...mana taw kalau ada rezeki... Insyaallah...

Petikan dari Denaihati:

"Pasti semua sudah maklum contest Weblog Popular 1Malaysia telah dilanjutkan berdasarkan keputusan pengundian yang telah dijalankan selama 1 minggu. Alhamdulillah penyertaan pun semakin bertambah dan saingan juga bertambah hebat. Ramai teman-teman blogger telah mengunakan berbagai strategi seperti menganjurkan mini contest untuk mempromosi contest Weblog Popular 1Malaysia.

Terima kasih kepada peNAJA contest iaitu SaudaCare, Anisha Online Mall dan terbaru One Malaysia Blogshops. Terdapat sedikit perubahan Hadiah dan Syarat penyertaan. Jika terdapat link penyertaan contest dan blog yang dicalonkan yang tertinggal saya mohon maaf dan minta jasa baik untuk tinggalkan link penyertaan contest diruang komen entri ini."

HADIAH-HADIAH :

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 1/11/2009.
6. 4 x RM150.00 : Hadiah khas - Ranking no 5- 8 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 1/11/2009.

Syarat-syarat & terma klik [sini]

Hanya satu pesanan buat pemenang...sedekahlah hadiah itu kepada orang yang memerlukan pada 9hb November 2009. Hadiah harijadi yang terbesar buatnya. Siapakah orang itu? Nantikan tarikh keramat itu....anda pasti terpegun!!! hehehe....

Tuesday, October 13, 2009

Peminat Fanatik- sambungan

Ada apa ye pada aku ni smp ada peminat fanatik? Tp ini kisah benar & akibat terlalu tak tahan, aku jadikan bahan posting aku dlm blog aku.

Sebenarnya, aku saja bagi gelaran "peminat fanatik" utk sedapkan hati aku je. hehe...

Ada la sorang ni.... yang aku kenal thru a marriage... entah kenapa setiap kali dia nampak aku, dia akan jadi tak keruan. Selalu jugak la aku terima sms yang berbaur cemburu darinya.
Kadang-kadang aku layan...tapi kadang2 aku naik hangen juga dgn sms bebudak dia.

Rasanya, aku tak kacau rumah tangga dia. Aku juga tak ada kena mengena dgn spouse dia. Tapi aku akur yang aku lebih bahagia dengan hidupku sekarang dan aku lebih berdikari kalau compare dgnnya. Tu yang buat dia cemburu kot? Atau mungkin aku yang nampak 27 tahun when dia nampak mcm org dah berumur 37 tahun? huwahuwahuwa....

Aku kesian gak dgn dia ni...xde life...x kerja, anak2 hantar nursery, spouse busy siang malam. Ada kala, dia intai2 spouse dia keje...just in case...hehehe...

Kenapa mesti nak rasa curiga pada spouse kalau betul2 sayang?
Kenapa mesti nak rasa tergugat kalau sayang pada diri sendiri?
Kenapa mesti nak cemburu pada kehidupan orang lain kalau yakin pada kurniaan & dugaan Allah s.w.t.?

Apa pun, aku tak mahu posting aku jadi satu cemuhan atau mengaibkan orang itu. Cukup je takat ini. Aku tahu orang itu cemburu pada kehidupan yang aku ada. Kebebasan yang aku miliki selama ini. Kemewahan kasih sayang dari anak2 dan keluarga yang melimpah ruah dan kawan2 yang mesra bagai keluarga.

Mungkin itu yang membuat dia rasa rendah diri dan untuk mengatasi perasaan itu, dia hamburkan kata2 cemburu padaku.

Sayangilah diri sendiri & bersyukurlah dengan kasih sayang yang kamu ada sekarang. Sepatutnya, kamu improvise kan lagi kehidupan kamu dgn bertaqwa utk preparation hari "esok" dan berjimatlah untuk bekalan hari "susah".

Hari ini kita susah, tapi lihatlah dibelakang kita...masih ada yang lebih susah dari kita.

Aku hanya manusia biasa dan punya cerita hitam di zaman silam. Tapi aku pandang ke depan...bukan ratap atau kesal pada kesilapan diri.

Buang masa je la...

Monday, October 12, 2009

Peminat Fanatik

Hampir 3 bulan aku tak update blog kesayangan aku ni. Sampaikan ada yang menegur "dah naik lalang blog kak zeta...bila nk update?"

Hehehe....maklumlah...sibuk dengan urusan harian sehingga tak sempat untuk mencuri masa mengomel kat blog.

Sibuk ke aku ni? ye...ye...sibuk berniaga, sibuk dengan urusan anak2 dan sibuk untuk nampak sibuk... :-)

I love my life...dari celik mata pepagi hari sampai la lewat malam. Walaupun dah tak bekerja, aku lebih tenang dan puas dapat "mengadap" urusan harianku dan melayan kerenah anak2.

Alhamdulillah, anak sulungku yang paling aku risau dengan komik-komiknya, akhirnya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam percubaan UPSR baru2 ni. Aku yang paling berdebar menantikan keputusan UPSR sebenar November ini. Insyaallah....tiada apa yang setiap ibu mahukan dalam dunia ini selain dari kejayaan anak2.

Selama aku tak online dek sibuk dengan bisnes hari raya, aku sempat juga jenguk2 blog ni. Terharu gak bila ada pelawat2 yang sudi tinggal komen dan bertanya khabar. Terima kasih buat semua pelawat dan insyaallah aku akan aktif semula update blog ini.

Buat "peminat fanatik" aku yg sentiasa menghantar sms2 cemburu kat aku, aku nak ambil kesempatan disini since kamu selalu jenguk blog ni secara diam.... Jadilah follower aku...u follow me, I promote your blog....hehe...I know I am better than U...that's why U cemburu... ;-P

Sampai sini je dulu la ye? Nanti aku sambung lg dengan cerita panas dari "peminat fanatik" aku. Tak sangka ye....ada gak "peminat fanatik" aku yang cun melecun ni....huwahuwahuwa.... statement yang aku akui kebenaranNya.... Amin.
It's All About Love