Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu






Seperti tahun2 yang lain, anak2 aku akan buat kad ucapan "Hari Ibu" dan bagi sepotong kek. Thank you my angels. I love it! :)

Haish....lama dah tak update blog ni. Banyak perkara yang berlaku & tak sempat nak update.

Hmm...mana nak start, eh? Well, antara perkara2 yang berlaku (mcm minit mesyuarat la pulak). Ok...tukar style...hehehe

Ni semua penangan facebook. Nak update blog pun dah tak tahu mcm mana nak start. Hari2 dok main game kat facebook. Biarlah orang nak kata apa, aku tetap akan main jugak! At least, aku tak merepek banyak sangat kat wall time komen post orang lain. Bila komen nanti ada yang tersentap, hantar message tak puas hati kat aku. hehe...mcm budak2. :P

Maklumlah...aku ni mulut laser....huhu

Tang mana laser, aku pun tak sure. At least aku komen yang benar. Tak hipokirt. Tidak pura2 like status kengkawan atau puji menggunung, tapi belakang kalu, mencemuh & mengejek. hahaha...terer la korang berlakon.

Pada aku, kalau aku tahu sesuatu benda, aku akan share. Kalau ada antara komen kawan2 yang tak betul, aku bagi tahu perkara yang betul. Laser ke tu?

Kalau kawan2 start topik kutuk mengutuk, aku join sekali...especially kalau nama aku terbabit. Laser ke tu?

Entah la...aku nak jugak try update status memaki hamun kereta kat jalanraya, komplen kakitangan kerajaan buat kerja lambat macam yang kawan2 aku selalu update status FB dia org. Barulah sesuai dengan title "mulut laser". hahaha..! Bagi aku lah kan, kalau update status maki orang sana sini, tu mulut busuk. bukan laser. haha...! err...ye la...mulut aku ni laser la.! muahahaha!!

Duh...! Jauh menyimpang dari topik asal ni. Astaghfirullahal'azim. =)

Sorry la kalau ada yang tersinggung dengan posting aku kali ni. Jiwa kacau sekarang ni. Tadi cikgu sekolah call aku komplen pasal anak dara aku yang bongsu. Every week si kecik ni akan buat hal. Ada je...dia & fren akan annoy cikgu2 sekolah & langgar disiplin. Aku dah habis cara nak tackle masalah si kecik ni.

She's a smart girl, actually. A hyper active girl yang suka bersukan. Semua acara sukan dia masuk...u name it. Dari lumba lari sampai la lompat jauh. Jauh beza dengan aku yang kaki bangku ni.

Dari segi penampilan & perwatakan sangatlah jauh dari kakak2 dia yang lebih feminine & obedient. UPSR lagi 3 bulan. Dia layan TV bila aku suruh buat revision atau solat. Aku dah tak boleh tolerate lagi dengan fiil si kecik ni. Tapi, tidak sampai tahap memukul. NO...!! That's not how to treat a child.

Dah macam2 cara aku buat untuk divert attention dia dari khayal dengan kawan2. Berkali aku nasihatkan tentang nilai & batas2 persahabatan. Hmm....

Aku doakan agar anak aku akan sedar dengan cepat betapa banyak masa & tenaga yang dia dah bazirkan dengan kawan2 dan masih sempat untuk dia berubah. Amin...

Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 & bakal ibu. Tabahkan hatimu, Sayangi anakmu dan Sanjungi keluargamu.





Tiada siapa yang akan faham emosi seorang ibu.
Tiada juga yang akur dengan teguran ibu.
Namun, tiada apa didunia yang dapat menandingi kasih seorang ibu.
Hargailah ibu kita selagi masih ada kerana esok, kita juga akan menjadi seorang ibu.
It's All About Love